Friday, June 9, 2017

7 Tip Kekal Bertenaga dan Kenyang Sepanjang Hari Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.. macam mana dengan puasa korang tahun ni. Ada Rasa letih Dan Lesu? Ada terasa lapar tak? Oops  mestilah Rasa juga kan.  Dah namanya pun puasa hehe..

Sering kali bila tiba waktu lunch, mula lah perut terasa sebu dan badan sudah tidak bermaya.Namun kita tidak boleh memberikan berpuasa sebagai alasan tidak boleh melakukan kerja harian seperti biasa. Percaya atau tak beberapa hari lepas mama Ada nampak Ada teenager lelaki berjogging waktu petang. Mama macam.. what!! Bukan bulan puasa ke. Tak taulah mungkin dia Ada tips lagi bagus kot. Kalau mama leh jogging bulan puasa mesti boleh kurus Kan..

Mama Dan keluarga memang mengamalkan kebanyakan Dari tips ni Dan hasilnya memang betul.. lebih bertenaga Dan kurang Rasa lapar. In fact Syafi sendiri pun boleh tahan puasa sedangkan masa sahur Dan buka dia kurang makan. Badan je besar tapi dia mmg memilih Bab makan ni.
Gambar dari google


Jom kita tengok apalah 7 tip yang berguna di bulan puasa ini.

1. Elakkan Makanan Masin Ketika Bersahur
Tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.

2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur
Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!

3. Makan Kekacang Dan Kurma
Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.

4. Segelas Air Sebelum Makan
Mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.Jadi, sebelum menikmati sajian sahur, terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.

5. Lebihkan Buah-Buahan Dan  Sayuran
Jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.

6. Sibukkan Diri
Di bulan Ramadhan, cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?

7. Makan Bijian Penuh
Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari

Sumber: Hijabista

8 Responses so far.

  1. Aiman says:

    terima kasih atas tips mamapp. alhamdulillah puasa kali ni byk dpt buah. sp dpt byk makan buah

    helloaiman

  2. mamapp says:

    Eloklah Aiman makan buah byk2. Buah lebih pass kt mama ye haha

  3. Masa berbuka selalu suka minum dulu. Kalau boleh 1 Jug nak habiskan. Makan tu x kisah dah.

  4. iye mama...memang berguna sangat tips ni.....

  5. mamapp says:

    Selalunya kita raSa haus yg mengTasi segalanya Kan. Bila dh minum byk2.maka kurang le makan

  6. mamapp says:

    Semoga boleh dipraktikkan lina

  7. Bila duduk sensorang nie, memang buah kurma dan air milo segelas, diikuti dengan air masak segelas menjadi pilihan saya untuk bersahur... hihi malas sebenarnya nak masak...

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors