Monday, May 20, 2013

Ustaz Kazim berhenti Berceramah

Kelakar baca posting ust Kazim kt FB..

 

Kesian ustaz Kazim, semoga beliau melakukan keputusan terbaik.. byj cabarannya sebagai penceramah dan pendakwah ni.. biasalah nk buat kebaikan sure ada rintangannya kan..

Kuala Lumpur: “Saya memohon maaf kepada semua ummah (umat Islam) kerana saya tetap akan berhenti berceramah walaupun ramai menghalang.

“Saya bertekad berundur pada 28 November depan kerana ia hari lahir saya dan hari terakhir ceramah diatur,” kata penceramah bebas terkenal, Mohd Kazim Elias al-Hafiz, 41 atau Ustaz Kazim.

Beliau berkata, biarpun keputusan berhenti berceramah dibuat, ia bukan bererti akan berhenti berdakwah.

“Dakwah akan tetap diteruskan, sesiapa yang mahu belajar agama boleh datang ke Pusat Pendidikan al-Barakah di Kampung Manjoi, Perak,” katanya.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, Ustaz Kazim mengejutkan pelbagai pihak apabila mengumumkan persaraannya selepas kecewa difitnah pihak tidak bertanggungjawab selain diugut bunuh, pukul serta digelar ‘Ustaz Politik’, ‘Ustaz Freemason’ dan ‘Ustaz Sampul’.

Laporan itu memetik, penceramah bebas itu memaklumkan sepanjang 23 tahun berceramah, dirinya tidak dihargai, namun terus difitnah kononnya menyebelahi sebuah parti politik sebelum dicaci di Facebook dan blog.

Menurut laporan, Kazim juga memaklumkan keputusan itu dibuat kerana bimbangkan keselamatan keluarga yang menerima tempias dan dicerca pihak tertentu.

“Selepas laporan akhbar ini Sabtu lalu, saya menerima banyak pertanyaan menerusi Facebook, mesej serta panggilan telefon. Saya memohon maaf kerana tetap dengan pendirian (berhenti ceramah) selepas memikirkan semasak-masaknya,” katanya.

Ustaz Kazim berkata, antara menghubungi adalah menteri, pihak media, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai yang berharap beliau memikirkan semula keputusan itu.

“Selama ini pun ramai tidak bersetuju jika saya bersara. Walaupun ramai memboikot, saya tahu lebih ramai yang berminat mendengar (ceramah).

“Namun apakan daya, itu keputusan saya selepas memikirkan ia baik untuk semua,” katanya.

Menurut Ustaz Kazim, dengan pengumuman itu, sekurang-kurangnya menggembirakan pihak yang selama ini memfitnah dan bersikap dengki serta taksub politik.

“Setakat ini, itulah keputusan saya walaupun sedar setiap kali ceramah dihadiri ribuan orang,” katanya mengirimkan khidmat pesanan ringkias (SMS) kepada Harian Metro, semalam.

Sementara itu, guru kepada Ustaz Kazim, Datuk Hassan Mahmud berharap penceramah bebas berkenaan mengkaji semula keputusannya.

“Kazim, perlu ingat dalam berdakwah, menjadi orang agama banyak ujian Allah SWT turunkan. Kalau kita di jalan benar dan berdakwah kerana Allah SWT, kenapa perlu takut,” katanya.

-HMEtro

6 Responses so far.

  1. moga ustz akan terus tabah :)

  2. Saya tak setuju dengan keputusan Ustaz Kazim... Kalau nak berdakwah... jangan takut dengan ugutan... Teruskan memperjuangkan islam.. Hidup Mati kita di Tangan Allah S.W.T....

  3. Mizz Aiza says:

    pendakwah memang banyak cabaran.. suka dengar ceramah dia, insya-Allah takkan rasa mengantuk..

  4. Rozita says:

    cabaran orang-orang yang berjuang demi nama agama di akhir zaman...

  5. deno says:

    semoga ustaz tabah dlm menjalani dugaan allah ini

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors