Wednesday, May 8, 2013

Keistimewaan beribadah pada bulan Rejab

11 May ni dah masuk bulan Rejab.. jom beramal!!

 

Allah SWT menyediakan balasan nikmat khusus bagi mereka yang berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW pada bulan Rejab. Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam Mikraj saya melihat sebatang sungai, airnya lebih manis daripada madu, lebih sejuk daripada salji dan lebih harum daripada minyak misk. Saya bertanya kepada Jibril: Untuk siapa (sungai) ini? Ia menjawab: Bagi orang yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab.”

'Bulan tuli'

Rasulullah SAW juga menamakan bulan Rejab sebagai ‘bulan tuli’ kerana malaikat Kiraman Katibin akan hanya mencatat segala kebaikan dan tidak mencatat segala kejahatan pada bulan itu.

 

Sabda Rasulullah SAW; “Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, dan minta ampunlah kamu daripada segala dosa dan jauhilah maksiat, pada bulan haram, iaitu bulan Rejab.”


Setiap orang akan berasa lapar pada hari kiamat kelak, kecuali nabi-nabi dan keluarganya serta orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.

Saidatina Aishah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Semua manusia dalam keadaan lapar pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus.”

Mereka yang menghidupkan Rejab dengan beribadah akan mendapat balasan di akhirat kelak. Cahaya Rejab kelihatan pada mereka yang berbuat demikian menyebabkan mereka dapat dikenali. Mereka juga dapat melintasi siratal-mustaqim seumpama laluan kilat.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datang hari kiamat, maka ada suara memanggil: Di mana ahli Rejab?” Maka terpancarlah sinar, diikuti oleh Jibril dan Mikail, cahaya itu diikuti oleh ahli Rejab.
Mereka mereka semua lalu di atas siratal-mustaqim seperti kilat yang menyambar. Kemudian mereka semua sujud bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat melintasi sirat tadi. Allah berkata: “Wahai ahli Rejab, angkatlah kepala kamu semua, kamu telah sempurnakan sujud di dunia pada bulan-Ku, lalu mereka pergilah ke tempat masing-masing.”

Beribadah pada bulan Rejab

Baginda Rasulullah SAW menggesa umatnya memperbanyakkan taubat serta menjauhkan maksiat, di samping melakukan ibadah pada bulan Rejab Baginda bersabda: “Bertaubatlah kamu kepada Tuhan kamu, dan minta ampunlah kamu daripada segala dosa dan jauhilah maksiat, pada bulan haram, iaitu bulan Rejab.”

Barang siapa yang inginkan keringanan ketika menghadapi sakaratulmaut, terpelihara daripada godaan iblis dan syaitan ketika menghadapi maut, ia hendaklah menghormati bulan haram yang termasuk dalamnya bulan Rejab.

Rasulullah SAW bersabda: “Andainya kamu semua hendakkan keringanan pada saat kematian daripada dahaga dan keluar bersama iman, juga terselamat daripada tipu daya syaitan, maka hormatilah bulan-bulan ini dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap perkara yang telah lalu daripada dosa-dosa dan ingatlah selalu kepada Allah SWT yang mencipta, nescaya kamu masuk syurga Tuhan kamu dengan sejahtera.”

 

8 Responses so far.

  1. Thanks atas perkongsian...marilah sama2 merebut keistimewaan bulan rejab ini.

  2. Terima kasih atas perkongsian ini.. Semoga Allah S.W.T. merahmati tuan blog ini selalu. =')

  3. mamapp says:

    insya allah.. jom kita sama-sama beramal.. thanks yer badrina atas doa.. mama doakan semua pembaca dan pengunjung blog ni semua dirahmati allah

  4. Rozita says:

    terima kasih mengingatkan adak...

  5. Perkongsian Bulan Rejab..Insya ALLAH. TerimaKasih.

  6. mamapp says:

    utk peringatan diri sendiri juga ni

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors