Monday, March 4, 2013

Ketabahan seorang kakak

Mama terharu baca ttg ketabahan seorg budak di china.. sungguh penyayang dan bertanggungjawab walaupun hidup dalam kesukaran.. sesungguhnya ilmu itu tidak ternilai harganya.. semoga dia menjadi budak yg maju dan Berjaya dalam hidupnya

-------

 

Pada 21 Oktober 2011 Yang Lepas, Beberapa Gambar Mengenai Seorang Pelajar Sekolah Rendah Di Hunan Mendukung Adik Lelakinya Di Kelas Telah Tersebar Luas. Ramai Yang Menangis Apabila Mendengar Kesusahan Yang Dihadapi Oleh Pelajar Ini. Ramai Rakyat China Menderma Untuk Membantunya.

Menurut Jurugambar Sebenar Gambar Ini, Lu Qixing.. Gambar Yang Diambil Bertarikh 29 Julai 2011 Berlokasi Di Kelas Sekolah Rendah Shanjiang Town, Hunan, China. Pelajar Tersebut Terpaksa Menjaga Adiknya Kerana Ibu Bapa Mereka Bekerja Di Luar Hunan. Manakala Datuk Dan Neneknya Pula Terlalu Sibuk Menguruskan Ladang Mereka. Oleh Yang Demikian, Si Kakak Tersebut Membuat Keputusan Untuk Membawa Adik Tercinta Ke Sekolah Agar Dia Dapat Menjaganya. Si Adik Dilaporkan Mengalami Kekurangan Zat Berkhasiat Yang Menyebabkan Kepalanya Begitu Besar.

*Alangkah Mulianya Hati Anak Kecil Ini. Demi Tanggungjawabnya Terhadap Pelajaran Juga Terhadap Keluarga.. Dia Sanggup Memikul Bebanan Yang Sepatutnya Digalas Oleh Kedua Orang Tuanya. Betapa Kita Di Malaysia.. Ramai Bahkan Berlambak Pelajar-Pelajar Yang Mengabaikan Pelajaran, Tidak Mahu Ke Sekolah Biarpun Tidak Dibebani Sebarang Bebanan. 

Sesungguhnya, Manusia Akan Alpa Dan Lalai Sekiranya Mudah Untuk Memperolehi Sesuatu Ni'mat.. Mereka Akan Mula Menghargai N'mat Tersebut Apabila Ia Hilang Ditarik Tuhan.. Semoga Kita Sentiasa Digolongkan Dalam Golongan As-Syaakirin.. Golongan Yang Sentiasa Berterima Kasih Dan Mensyukuri Ni'mat Kurniaan Pemilik Sekalian Alam.

 

6 Responses so far.

  1. sedih jugak aina baca :(

  2. budak sekecil itu dah tahu erti tanggungjawab . moga dia berjaya dalam kehidupannya :)

  3. realiti sifat manusia..sukar untuk mensyukuri nikmat ILAHI..moga kisah ini menjadi pembakar semangat untuk kita semua..

  4. sedih..kecik2 dh terpaksa lalu semua ni...

  5. mama ila says:

    Ya Allah...sejuk perut ibunya mengandung...terharu tgk pengorbanan dia..adik pun elok jer diam yer time kakak belajar =)

  6. Macam2 ragam kat dunia luar sana...bersyukur kita sebab kehidupan kita mngkin lebih baik dr mereka2...

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors