Friday, March 22, 2013

Budak nyaris rentung main pemetik api

WAN Saaudah bersama anaknya Muhammad Muhaimin melihat keadaan bilik yang musnah terbakar.

 

Jgn dibiarkan anak kita main pemetik api yer.. buat perokok semua, jgn sepah2kan pemetik api.. sebab budak2 suka perhatikan apa yg kita buat. Bila org takde dia try cuba test sendiri.. jgn salahkan budak2 kalau perkara mcm ni berlaku..

-----

Jerantut: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun nyaris rentung selepas tindakannya bermain pemetik api mengakibatkan sebuah rumah di Felda Sungai Retang, dekat sini, terbakar, petang kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Wan Saaudah Wan Saidon, 27, berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, anaknya Muhammad Muhaimin Haiqal Muhammad Muamar bermain dalam bilik tidur seorang diri.

“Saya sedang mencuci pinggan di dapur dan tiba-tiba terhidu bau asap dan terkejut apabila melihat api mula marak di pintu bilik dan panik melihat kebakaran itu saya serta ahli keluarga lain memanggil Haiqal namun tiada jawapan.

“Bimbang Haikal terperangkap dalam bilik itu, kami cuba memadamkan kebakaran menggunakan air sambil dibantu jiranyang datang sebaik melihat kepulan asap dan api keluar melalui tingkap rumah,” katanya.

Wan Saaudah berkata, ibunya, Che Wan Muteh Che Wan Alim, 57, juga bertindak menjerit meminta tolong sambil memanggil nama Haiqal, sebelum seorang jiran menemui Haiqal dalam keadaan ketakutan tidak jauh dari rumah.

2 Responses so far.

  1. Rozita says:

    mujur tak jadi apa2... hish...

  2. Faridzuan says:

    Masha Allah, lepas ni kena hati-hati sikit dengan anak-anak.

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors