Friday, March 16, 2012

Panduan Bekal sihat untuk anak

Cerita ttg makanan utk anak ni, teringat aku zaman sekolah dulu.. mak selalu sediakan bekal makanan utk dibawa ke sekolah. Pastu bila waktu rehat, makan bersama dgn kawan2.. boleh rasa semua makanan yg mak-mak kitaorg buat. Best.. dah besar ni kitaorg boleh sebut2 lagi dlm FB.. tu la kenangan yg paling best.. Sebenarnya kalau sediakan bekal sendiri utk anak kita adalah lebih baik sebab kebersihan terjamin disamping boleh pastikan anak dpt hidangan yg seimbang kan. Pelbagaikanlah menu tu supaya anak tak jemu dgn bekal mereka..

 

OK, bagi sesapa yg pening kepala memikirkan apakah makanan yang perlu dibekalkan kepada anak untuk ke sekolah, jom kita ikut beberapa panduan ni:

 

1 Makanan untuk anak bawa bekal ke sekolah perlulah seimbang. Pastikan ada karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral. Contoh menu yang ringkas, seimbang dan sesuai ialah sandwic. Tetapi anda perlulah pelbagaikannya. Bukan sandwic yang sama setiap hari. Anda boleh pelbagaikan roti yang digunakan untuk membuat sandwic. Selain roti gandum, anda boleh juga menggunakan roti pita, capati, croissant dan English muffin. Manakala untuk isi dalamnya, anda boleh gunakan tuna, ayam, telur dan sosej. Tetapi, jangan lupa masukkan bersama-sama sayur-sayuran seperti salad, tomato dan timun. Agar sandwic lebih enak dan berkalsium, tambahkan dengan kepingan keju.

 

2 Ingat, makanan untuk kanak-kanak tidak boleh terlalu banyak garam, gula dan minyak. Penggunaan bahan perisa juga perlu dihadkan.

 

3 Untuk minumannya pula, bekalkan anak minuman bersusu dan air kosong. Bukan minuman berperisa seperti kordial ataupun minuman berkarbonat. Jika ingin beri anak jus buah-buahan, pastikan yang anda buat sendiri minuman tersebut tanpa ditambah gula.

 

4 Snek juga perlu dibekalkan. Oleh itu, disarankan agar anda berikan hanya snek yang berkhasiat untuk anak. Antara yang sesuai ialah epal, pisang, biskut oat, kismis dan kekacang.

 

5 Pilihlah makanan yang kaya protein seperti daging, produk tenusu, telur dan ikan. Tetapi pastikan mereka tidak mengambil pai, sosej atau burger setiap hari kerana makanan tersebut banyak lemak.

 

6 Mengambil sekurang-kurang satu hidangan berkarbohidrat setiap hari. Misalnya roti, nasi atau pasta.

13 Responses so far.

  1. Yes.mknn yg kita sediakn lg terjamin sgla-galanya

  2. mama ikut x? ummi alif mmg payah nk ikut aper yg tertuli coz alif slalu mintak.. "ummi..nk sirap".. huhuhuhu

  3. Hi dear friend. Today I spent here with time and could see the great work you do in your blog. Feed orientation perfect. Congratulations for the work. hugs

  4. dpt mak yg bekerja ni alamatnya ssh nak bwk bekal cam kt dedulu..bg duit beli jek kat kantin yg makanannya x brp nak sedap

  5. puanbee says:

    anak tk nak bawak bekal lah mama , hihihi

  6. dulu2 x sempat sedia bekal sbb kena kuar awal giler, huh...

  7. skrg ni syafi kat taska. so makanan sume disediakan takdela sakit kepala nk pikir apa nk masak utk dia. tp bila dia dh darjah satu nanti kenalah ajar bawak bekal kan.

  8. Rozita says:

    bagus kalau ko start skrg ajar bawak bekal... makanan kat taska pun bukan tentu berkhasiat... aku selalu kena bekal makanan skrg ni, anak2 ah kuat makan... diorang dah pandai komen makanan kat taska tak cukup... huhu

  9. NzA says:

    betul tu adda...skrg ni akak sedaya sediakn bekal utk farouk n naurah ke sk....2F xmo bwk..katanya segan cz mrk brdua tu dh besar......

  10. good info. tapi anak2 saya belum gi sekolah lagi. hehe..

  11. awal sekolah rajin jugak kasi anak bekal...lepas sebulan dua tu dah malas mama ni...hehe... lg pun anak2 dh jemu kot...asyik2 nasi goreng jer...:)
    klu bawa bekal ni ada kebaikannya...selamat dan bersih...

  12. eLL says:

    saya dari zaman sekolah hingga ke zaman kerja selalu bawa bekal...

  13. C'Jai says:

    Selalu juga bekalkan anak..tapi kalu tak sempat bekalkan juga tp terpaksa beli..kadang terpaksa awai ke tempat kerja..adakala terlewat sedar..hehe..

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors