Thursday, September 22, 2011

Ketika usia tua datang..

Aku dapat kisah tauladan ini dari email Al-Ameen trading lagi. Menarik utk dikongsikan..
Suatu ketika,  Khalifah Harun Ar-Rasyid bertitah agar setiap orang yang pernah melihat Rasulullah SAW dalam hidupnya dibawa menghadapnya. Selang beberapa waktu,  tibalah masanya seorang nenek tua dibawa menghadap khalifah.
Beliau pun bertanya kepada wanita tua itu, “Apakah kamu melihat Nabi Muhammad dengan mata kepala sendiri?”
“Oh, ya tuanku, saya melihat langsung” jawab nenek tua itu.
Khalifah kemudian bertanya lagi, apakah nenek tua itu ingat apa yang dikatakan Rasulullah.
“Ya. Rasulullah berkata,  Ketika usia tua datang, ada dua hal yang menjadi muda. Pertama, angan-angan dan kedua ketamakan terhadap wang”.
Khalifah mengucapkan terima kasih  dan memberikan sejumlah wang kepada nenek tua tersebut. Nenek itu berterima kasih. Selepas itu, dia dihantar pulang oleh pengawal..

Ketika dalam perjalanan, nenek tua itu tiba-tiba meminta dibawa kembali ke hadapan Khalifah.
“Mengapa kau kembali?”, tanya Khalifah kehairanan.
“Saya hanya datang untuk bertanya, adakah wang pemberian tuan untuk saya ini hanya sekali ini saja atau saya akan menerimanya sepanjang tahun?”
Khalifah berfikir sejenak,
 “Betullah apa yang dikatakan Rasulullah, nenek tua ini memiliki angan-angan untuk hidup lama dan masih tamak dengan wang.”
Khalifah pun berkata, “Jangan khuwatir, kamu akan dibayar setiap tahun.”
Nenek itupun pulang. Namun dia tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia.

10 Responses so far.

  1. khairul says:

    moral nya..bersyukur lah dgn apa yg kita miliki

  2. Puan Kutu says:

    moral of the story jgn tamak.

  3. dalam dok pesan pun terjadi tanpa kesedaran

  4. jgnlah kita tamak.jika sudah rezeki tak kemana

  5. cikpjaz says:

    bersyukurlah ape yg kita ada =)

  6. Rozita says:

    tak semua orang mendengar dan menghayati...

    ada yang cuma mendengar dan simpan dalam ingatan tapi bukan dalam hati..

    banyak yang terjadi camni skrg ni..

  7. tumpang tanya, kisah ni dari kitab hadis mana?

  8. moral dari cite..jng tamak dan bersyukur lah apa yg ada dan hidup mati allah yg tentukan...

  9. op silap bukan hadis ni tapi sekurang2nya kena ambil tahu dari mana kisah ni tak kiralah al-amin ke amran berholding-holding ke. nabi kan pernah pesan pada penghujung zaman akan ada kisah yang tak pernah didengar oleh bapak2 kamu atau orang sebelum kamu tersebar luas..

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors