Sukar Melelapkan mata? Meh baca ni


gambo dr mr google


Ada beberapa perkara yang boleh mempengaruhi otak dan badan kita sehinggakan sukar untuk berehat dan melelapkan mata. Jom kita baca..

Membaca Buku
Sesetengah orang, membaca buku sebelum tidur boleh memberi kesan sama ada lebih mudah untuk tidur atau sukar tidur kerana tidak sabar untuk membaca halaman yang seterusnya.

Internet
Walaupun anda sudah mematikan komputer, namun cahaya terang di komputer masih terbayang-bayang dan membuatkan anda tidak berhenti berfikir tentang kerja atau cerita-cerita yang terdapat dalam internet. Anda sepatutnya tidak perlu berinternet pada waktu tidur. Biarkan badan anda berehat seketika tanpa ditemani benda-benda elektronik.

Bilik Tidur Kurang Menyenangkan
Tilam atau bantal yang terlalu keras boleh menganggu tidur anda. Bagi memastikan bilik tidur anda lebih hangat, beli dan pilih bantal yang empuk. leher anda juga tidak sakit.

Biasan Cahaya
Imbasan lampu pada jam digital anda boleh membuatkan anda sukar tidur. Kalau boleh alihkan atau tutup imbasan lampu dengan buku atau lembaran kain agar anda tidak terlalu tertumpu kepada cahaya jam dan tidur anda lebih
selesa.

Senaman Malam
Melakukan senaman pada waktu pagi akan membuatkan tubuh anda segar sepanjang hari. Perkara yang sama apabila anda bersenam pada waktu malam. apabila anda melakukan aktiviti senaman pada waktu malam, ia akan meningkatkan suhu badan dan tenaga anda. Keadaan inilah yang menganggu ketika anda ingin tidur.

Tidak Mengantuk
Jika anda tidak dapat tidur, jangan cuba untuk bertahan sambil mengiring ke kiri dan ke kanan. Menurut National Sleep Foundation, apabila dalam masa satu jam anda masih belum tidur, cuba lakukan aktiviti yang membosankan seperti membaca buku yang tidak anda sukai atau menonton televisyen yang membosankan. aktiviti ini boleh meredakan fikiran dan akhirnya anda pasti terlelap.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. good tips.. nak senang, nad mnum susu je panas sebelum tido ;)

    ReplyDelete
  2. diriku mmg susah lelapkan mata. bila badan penat sangat. pastu ada anak kecik tau la kejap bangun.. takde perkataan tido nyenyak dah dlm kamus diri ni hahaha

    ReplyDelete
  3. kualiti vs kuantiti...rsnya kualiti lg pntng... :)

    ReplyDelete
  4. hehe memang selalu gak susah nak tido, tapi bila dah tido susah plak nak bangunnya huu

    ReplyDelete
  5. makan banyak sangat tu.....ahahhaa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post