Makanan Pilihan Minda Cergas yang disyorkan dalam islam

Makanan Pilihan Minda Cergas yang disyorkan dalam islam. Jom baca sama-sama Makanan Pilihan Minda Cergas yang disyorkan dalam islam..


1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai ” syifa
‘” iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.

2. Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

3. Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

4. Buah delima
Untuk penerang hati. Sabda Nabi Muhammad SAW, “Barang siapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

5. Daging burung merpati
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulu kala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. semua betul ... akak setuju sgt2 :)

    ReplyDelete
  2. buah delima byk dijual kt Klantan..blk sana tiap2 hr g beli..murah n manis.....

    ReplyDelete
  3. ieda, jom amalkan, tp kan kak nza buah delima skrg susah nk cari kat johor n kat shah alam pon sama.

    ReplyDelete
  4. tq for info sharing. saya link post ni di blog saya tau.

    ReplyDelete
  5. sy skrg amalkan mkn buah kismis utk kuatkan igtan sbb cpt sgt lupa..hehe.
    hubby la rajin bli..

    ReplyDelete
  6. Madu biasanya rabia amalkan minum di waktu pagi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post