Kisah Teladan: Berkat Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan suruhan agama apatah lagi berbuat kebaikan. Kerana ketaatannya kepada Allah, perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali dia hendak memulakan sesuatu.

Kelakuannya itu tidak disenangi dan disukai oleh si suami dan dia sentiasa mengejek isterinya. Si isteri mendiamkan diri sahaja setiap kali diejek, sambil berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya itu. Suatu hari, si suami berkata, “Suatu hari nanti, engkau akan kecewa dengan bacaan-Bacaanmu itu.” Kemudian, dia memberikan sejumlah wang yang banyak kepada isterinya untuk disimpan. Lalu si isteri mengambil dan menyimpan wang itu di tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa. Namun, kelakuannya itu diintip oleh si suami yang selepas itu mengambil dan mencampakkan wang itu ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Beberapa hari kemudian, si suami memanggil isterinya dan berkata, “Berikan kepadaku wang yang pernah aku berikan untuk disimpan suatu ketika dulu.” Kemudian, si isteri pergi ke tempat dia menyimpan wang tersebut. Seperti biasa, dia akan memulakan dengan bacaan “bismillahirrahmanirrahim.” Alangkah terperanjat si suami apabila si isteri memberikan bungkusan wang tersebut kepadanya. Dia berasa bersalah kepada isterinya dan terus bertaubat kepada Allah.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Amin.semoga jadi pengajaran dan teladan bagi kita semua.Thanks sebab berkongsi cerita menarik.;p

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...berkat isterinya suami bertaubat..

    ReplyDelete
  3. kisah n boleh dijadikan teladan.....

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah.kerana isterinya suaminya akhirnya bertaubat.syukur la.tq 4 sharing sis.

    ReplyDelete
  5. kebesaran ayat allah tuu luas .. moga dgn taubatnya si suami menjadi pengajaran kepada kita semua ..

    syukur dan tkasih sharing dikk :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah....suka cerita neh..leh jadikan tauladan..

    ReplyDelete
  7. cerita tuladan yg menarik dan menginsafkan diri. lepas nie kina nak baca bismillah bila kina nak buat sesuatu. moga dpt keberkatan dariNYA...

    ReplyDelete
  8. marilah kite sama2 baca dan amil pengajaran. tima kasih u ols sudi komen sini. mwahh

    ReplyDelete
Previous Post Next Post