Monday, November 29, 2010

Khasiat taugeh


dapat ni dari email. rasanya boleh dipercayai. jom ar kita mkn taugeh ramai2. dah le murah, berkhasiat pula..
 









Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

22 Responses so far.

  1. Zaer!! says:

    Waaaa.baru saya tahu sis.Thanks sharing.hehe

  2. salam kenal tuan rmh.

    kami anak beranak mmg suka
    makan taugeh...
    sonang dimsk dan murah pula

    maceh dtg blog kita...

    kita follow u lah ^_^

  3. sal says:

    salam tuan umah..taugeh memang berkhasiat.lagi best untuk org darah tinggi.tapi org yg ada tekanan darah rendah kurngkan mkn taugeh krn tekanan darah mangkin turun..anyway..info pemakanan ini sangat baik untuk kita mengetahuinya

  4. SyUTiNiE says:

    waaa.. tougeh tak pandai makan lerr.. ruginya tinie

  5. fiqah suker taugeh...(^_^) thanx ehh utk info nie...

  6. dulu mak saye selalu masak taugeh goreng......tp skang jrg2...

  7. ieda says:

    memang pun dikk berkhasiat .. betul semua heheheh

    tapi anak2 akak x suke taugeh .. kalau buat mereka pakat tgk jer herghhhhhhhhh geram !

  8. redzuan says:

    thanx for the info, but dalam jurnal kesihatan yang saya baca, taugeh biasa xde langsung khasiat, yang ada khasiat taugeh kasar dari biji kacang soya tu

  9. wahh..byk special taugeh nie.. nsk kerabu ader taugeh sdp.. yg mth rangup n manis.. thxz sharing info nie..

  10. adda says:

    jom makan taugeh ramai. redzuan, betul ke taugen kacang soya yg betul2 berkhasiat?

  11. siapa kata tauge tak menyelerakan. seri gemar makan sop tauge.

  12. erk....tak mont tauge la :(

  13. suka_haha says:

    nak kena makan taugeh banyak2la kalau macam ni hehe.. jom komen sini lak hehe

  14. wmaziati says:

    saya suka sangat makan tauge....kalu makan mihun sup tauge la paling banyak sekali saya letak...best...makan mentah2 baut ulam....hehehehe...tapi hari baru tahu tauge memang byk khasitnya...

  15. fied says:

    yeay!!sebaik saya suka togey...hehhehe

  16. ozzy says:

    salam..

    Info yang bagus walaupun ramai yg anggap togey sayur murahan.

  17. Omu Rice says:

    owh..bagus jugak yea toge ni...nasib baik memang minat pun toge ni..tapi Omu penah dengar cerita if toge yang besar2 menarik elok rupanya ia disirami air kencing...huhu...tapi wallahualam..

  18. taufik says:

    erm.. slm tuan blog. nak kongsi sketla. pasal toge ni. aritu aku jumpe orang yang keja kat bahagian kajian halal haram ni. die ckp.. hati2 la nk beli toge ni. perhatikan, klo toge tu putih jernih pastu klo dipatahkan mcm rangup. senang citer segarla.

    caranye simpan dlm peti sejuk 2 3 hari, tgok.. bau hancing tak? klo bau hancing.. seelok2nye buangla yer. klo nak mkn gak, boley tp kite mkn toge segar yg berkhasiat setelah direndam air kencing oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab.

    takmau slhkan mane2 pihak.. yg penting kite kena berhati2 dlm soal halal haram ni. ok

  19. adda says:

    thanks ye taufik.. bahaya gak ni.. rasa2 nk wat kajian sendiri kt umah. tadi dah le baru je lepas makan taugeh huhuu..

    kalau nak lebih selamat, buat aje sendiri taugeh kan.. itu mmg kompem berkhasiat

  20. zih@n says:

    apa yg taufiq ckp mmg sy penah baca gak..tp dh lupa baca kat mn..
    hubby sy xsuka mkn tauge so, jarang le bli..=)

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors