Monday, July 17, 2017

Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam

Fulamak.. sibuknya mama Hari ni. Dah lah hari permulan minggu. Nasib baik Ada department Yang buat open house Di office, makanya kuranglah sikit stress sebab dapat makan banyak-banyak haha. Semalam mama makan Di restoran Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam. Ada sesiapa pernah makan kat sini? Buat pengetahuan korang, Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam ni adalah Salah satu tempat makan favorite mama anak beranak. Perkara Yang mama suka tentang Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam ialah dia serve sangat cepat walaupun orang ramai (restoran selalu full). 

Selain itu, makanan dia sedap Dan Dalam kuantiti banyak (big portion). Memang puas Hati makan especially kalau tengah lapar. Tapi selalu gak, bila lapar pun tak boleh nak habiskan sepinggan Tu. Maka, sama Ada bagi ayah Syafi atau tapaulah Kita... 

Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam
Pemandangan restoran Dari depan. Sebelah Tu restoran nasi kak wok. Sedap juga Tu.

Murni Discovery Seksyen 7 Shah Alam
Menu ayah Syafi, nasi goreng meletup. Kalau dah meletup Tu Ada petai dlm Tu memang favorite ayah Syafi laa.. kalau nak order kena order Yang meletup tau baru puas hati

Menu Syafi, chicken Maryland. Dari kecil.memang dia suka menu ni

Kat sinilah Syafi kenal Milo dinosaur aka Milo tabur ni.

Menu mama Pula, new goreng raja meletup.. sedap, Ada petai Dan banyak seafood. Walaupun sedap tapi mama Yang tak makan petai ini pun gigihlah memilih petai bagi ayah syafi. Walaupun tak makan petai tapi bau petai dia mama suka

Murni Discovery menu harga
Ini antara menu Dan harga Di Murni Discovery

Murni Discovery menu harga

Harga memang berpatutan padanlah dgn big portion Dan x kedekut bahan dia Tu Kan..


Ada banyak lagi makanan Yang sedap kan sini. Korang boleh order  ayam goreng Dan chicken chop or lamb chop. Ada juga jenis hotplate. Otak-otak Dan naan pun Ada jual.

So, kalau nak ke Murni Discovery Shah alam berikut adalah alamatnya. Ia berdekatan dengan icity Dan betul2 sebelah kuil.. erk...  Perlu diberi perhatian, jangan datang kedai ni Hari isnin Pula ye sebab setiap Hari isnin Murni Discovery Shah alam ni tutup tau. 

Alamat:
ACG-47, Blok A, Pusat Komersial, Jalan Plumbum Ac 7/Ac, 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor 

No telefon:
+60 3-5510 1659 

Waktu operasi:
4pm - 4am

24 Responses so far.

  1. I am LZ says:

    Nampak sedap menu kat Restoran Murni, harga pun agak berpatutan..
    Lama LZ tak pergi Shah Alam.. Mungkin satu hari nanti boleh cuba makan di sini.. Banyak tempat makan best kat Shah Alam kannn mamapp..

  2. Memang banyak tempat gak Murni ni.. Ok jugak makanan2 dia.

  3. paling feveret dekat murni,air dia,,semua sedap2 ;D

  4. nini says:

    Alamak petai....haha...kita tak minat petai.. Tapi nampak gambar tu selera sungguh =)

  5. Macam best je nasi goreng meletup tu :p

    Harga not bad ye considering the portion that they serve. Nak terjahlah :)

  6. nampak cam sedap je ekkk

  7. okey, petai tu mmg menaikkan selera ;)

  8. Baru tahu kedai ni. Tq

  9. oh, seksyen 7 shah alam. nanti free nak try makan kat sini la. hihi.

  10. LYAfrina says:

    Sedapnya...menarik hidangan dia..

    Salam aidilfitri kak..
    Maaf zahir n btin.


    Bru smpat nk BW

  11. Orang sekarang sangat creative . . . petai dalam mee

  12. Menarik nya.. Ada petai.. Suka.. Suka..

  13. Teringin jugak nak rasa nasi goreng meletup ada petai tu. Sedappppp pulak nampak. Tiba-tiba jadi lapar..

  14. Menarik jea menu kat restoran nie.. Nanti nak cari la tempat nie..

  15. Adam says:

    Saya kerap ke seksyen 7 tapi tak perasan pulak kedai tu. Esok saya memang pergi ke seksyen 7. Harap2 jumpa cik murni kat situ.

  16. Puan Wawa says:

    sedap nampak nasi goreng meletup.. memang meletup laa petai dalam mulut.. ")

  17. Assalamualaikum,

    Nasi goreng + Petai.. Jarang2 jumpa ni..

    Jemput baca dan komen entri ini juga ya.. :)

    http://www.erazfadli.com/2017/07/sndlipstick-by-siti-nordiana.html

  18. Cik Yaya says:

    salam..
    hi awak..yaya mai singgh melawat...

    Murni discvry ni..hari2 lalu sana.tapi xpernah pon kaki ni dpt menyinggah sana semenjak restoran tu wujud..huhu..trigin tapi xdak kawan nk p ajk mkn sana..xkan nk g sensorang >,<

  19. yay elsa dah pernah makan sini! tapi kadang makanannya okay kadang idak huhu

  20. mamapp says:

    Ramai juga yg selalu lalu lalang Shah alam Dan Ada yg duduk Shah alam Kan. Ntah2 Kita selalu selisih Batu, cuma tak kenal aje

  21. sedapnya tengok semua makanan..air milo dinasour tue..terliuq tengok

  22. Tebinfea says:

    Hello and good Saturday.
    This weekend you will be well pleasant.
    Teb.

  23. mamapp says:

    Tq radhia and teb

  24. timm bill says:

    yup2, pernh try..mmg sedap, portion byk, customer pun punya ramai..

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors