Thursday, June 22, 2017

Siapa Yang nak balik kampung Tu Mari baca ni dulu

Bestnya balik kampung...

Salam semua.. mama tau Hari ini labuhraya dah mula sesak kan. Ramai dah mula pulang ke kampung halaman. Mama harap semuanya bersabarlah  dalam perjalanan.  confirm  ada banyak kereta, so berhati-hatilah ye. Ingatlah keluarga Yang tersayang. Hari Raya dah tinggal 2 hari saja lagi. Tetiba Rasa sedih Pula nak tinggalkan Ramadhan kan.

So, mama nak tinggalkan sedikit pesanani, kepada sesiapa Yang nak meninggalkan rumah, tolong periksa checklist Di bawah ni dulu. Selagi tak buat semua ni, jangan keluar rumah dulu tau. 

1. Cabut semua plug barangan elektrik kecuali peti ais (kalau Ada bahan dapur mentah Dalam Tu).
2. Buang sampah (bayangkanlah kalau x buang sampah, 2-3 Hari balik ke rumah dah Ada makhluk lain Pula nanti).
3. Angkat baju Di ampaian.
4. Double triple check kipas Dan lampu. Make sure tutup semua suis.
5. Kosongkan sink.
6. Pastikan barangan nak bawa balik semua Ada, baju raya kasut raya duit raya, bantal busuk, comforter, charger handphone, etc
7. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi. Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
8. Niat Nak buat Jamak Qasar.
9. Jangan kelam kabut, marah2 dan jangan over happy.
10. Lapang dada; solat/baca doa musafir.
11. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya.
12. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal tertinggal sesiapa.
13. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR (Pesanan untuk diri sendiri juga)

Selamat pulang ke kampung ye. Mama beraya Di Shah alam je. Raya ke tiga baru balik Muar. Ingat, kalau memgantuk berhentilah dulu jangan dipaksa diri bawa kereta. Takut membahayakan keluarga Yang lain. Biar lambat, asal selamat ok.

6 Responses so far.

  1. aRzMoHa says:

    perkongsian yang baik ini mama...terima kasih atas perkongsian

  2. Bagus checklist ni sebab kadang-kadang dalam kita ghairah nak balik kampung terlupa benda-benda simple, sentiasa kira cukup bilangan anak tu penting tu... hihi....

  3. Bagus mama buat checklist ne. Mama mai rumah miza pun raya shah alam jugak

  4. Tahun - tahun sudah memang excited kalo waktu macam ni nak balik kg..tapi tahun ni memang xada dah nak balik kg bagai sbb dah kena posting kat kampung halaman sendiri...Selamat Hari raya Mama....

  5. terima kasih atas perkongsian & ingatan. kadang2 kita lupa kan. paling kelakar bab tertinggal sapa2 tak naik kereta tu. haha

  6. mamapp says:

    Sekadar mengingati. Tq sudi baca. Isi tau checklist ni

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors