Mari Sertai Malaysia #QuranHour


Assalam semua..
Mama ingin mengajak korang menyertai Malaysia #QuranHour pada hari Isnin ini. Terpulanglah nak join mengikut lokasi yang disebutkan tu atau kat mana-mana pun boleh.

“Satu jam, 10 juta orang membaca AL-QURAN serentak. Membentuk gelombang. Nikmatnya Ngaji & Tadabbur AL-QURAN.”

Mari kita bersama-sama meluangkan masa selama satu jam membaca AL-QURAN serentak secara bersendirian, berdua atau berkumpulan. Tidak kira di rumah, di sekolah, di pejabat, masjid, di R&R, taman atau mana sahaja.

Lokasi Perdana : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Tarikh : 24 Ramadan 1438H
Masa : 12.00 tengah hari – 1.00 petang
Penyertaan : Seluruh Rakyat Malaysia dalam & luar negara
Kalau tak dapat ke lokasinya perdana, boleh juga pergi ke lokasi Di atas.. mana-mana Yang dekat dengan korang la ye.

Trendingkan Malaysia #QuranHour. Upload gambar-gambar pada masa tersebut di Instagram, Twitter & Facebook anda.

Untuk maklumat lanjut, layari bit.ly/nationalquranhour1438h.

Ikuti kami di Facebook World #QuranHour & instagram @worldquranhour.

Jom!

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post