Jangan ajar Anak minta duit Raya, Ayah Ibu tolong bagi perhatian

Sekadar peringatan, bukan untk u ol tapi untuk diri mama juga. Jangan kita biasakan suruh anak salam kerana nak duit raya. Sebab selalu juga kita dengar ibu bapa cakap dgn anak;
"Cepat salam maklong, minta duit raya", atau
"Hah ko Joyah tak bagi lagi anak aku duit raya lagi.. cepat bagi sekarang"

Rupa-rupanya tabiat begini adalah tak sihat. Kenapa kita tak boleh buat begini? Rupanya, kita kena biar anak tahu raya bukanlah semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi lebih kepada mengeratkan lagi hubungan silaturahim anda saudara-mara.
Antara yang perlu diberi perhatian oleh ibu ayah adalah:
1. Jangan sesekali mengajar anak untuk minta duit raya dengan sesiapa. Kita tak tahu macam mana keadaan kewangan seseorang. Mungkin dia mencatu makanan dan belanja beliau untuk perkara yang lebih penting. Sekali jumpa anak-anak yang dididik sebegini mungkin merunsingkan mereka.
2. Jaga adab. Saya yakin dan percaya tiada sesiapa antara kita yang dah dewasa ni dididik oleh ibu bapa kita untuk minta duit raya dengan orang lain. Kenapa? Sebab agak tidak beradab sebenarnya meminta sesuatu yang belum tentu menjadi hak kita. Dan sekarang kita mendidik anak kita untuk tidak menjaga adab?
3. Jangan samakan kedudukan kewangan anda dengan orang lain. Anda mungkin kerja bagus, gaji tinggi, peruntukan duit raya pun banyak. Tetapi bukan semua orang bertuah seperti anda. Tidak semua antara kita yang diberikan rezeki dari sudut kewangan seperti anda. Mungkin rezeki mereka dari sudut yang lain.
4. Jangan ingat semua orang bekerja tu banyak duit. Ataupun kalau orang tu kerja gaji mahal sikit, anda boleh suruh anak anda minta duit raya. Gaji mahal tak bermakna banyak duit. Mungkin tanggungan atau liabiliti mereka banyak. Jangan senang nilaikan kewangan orang bila anda tidak tahu.
5. Semua orang pun sedar dengan kos sara hidup pada zaman kini kan? Banyak yang perlu dijimatkan sekarang. Sekiranya duit raya anak-anak anda termasuk di dalam antara yang perlu di ‘cut cost’, sila redha. Jangan minta duit warna-warni sangat.
6. Jaga air muka pemberi duit raya. Didik anak anda untuk tidak buka sampul di depan mereka dan tidak komen tentang amaun yang mereka terima. Malu tau kalau orang kritik hasil derma kita. Dah dapat tu bersyukur.
7. Dengan mendidik anak anda meminta duit raya dengan orang lain atau mengkritik duit raya yang mereka peroleh, anda secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjadi manusia yang tidak berhemah.
8. Setiap sen yang anak anda terima, anggaplah tu rezeki mereka. Bukan rezeki anda. Maka tak perlulah demand lebih. Tak perlu minta. Anda mungkin anggap semua gurauan, orang lain? Bersyukur dan terus bersyukur. Jangan kritik.
Sumber: http://iiumc.com

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Betul tu... Sepatutnya tak perlu ajar anak untuk meminta-minta.. Apatah lagi mengkritik apa yang diperolehi...

    ReplyDelete
  2. Nasihat yang bagus Mama... Ada juga depan2 tuan rumah dia bukak sampul duit raya... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kan. Pagi parah bila dia announced kat make dia dapat berapa ringgit haha

      Delete
  3. saya dulu, kalau tak salah la ( sebab dah lama ), tidak galakkan anak anak meminta duit raya.

    kalau ada rezeki dapatlah. kalau tak ada, tak adalah...

    ReplyDelete
  4. Insya kalau rezeki Ada dapat la.. kalau xdpt insya Allah ada rezeki lain nanti kan

    ReplyDelete
  5. tak best la kalau minta duit raya..

    sepatutnya duit raya bagi masa puasa..

    ReplyDelete
  6. Kalau bisa ajari anak-anak untuk bisa mandiri sedari mungkin

    ReplyDelete
  7. Setuju.. lagi satu.. elakkan juga buat mcm tu, utk ajar anak jgn mudah meminta2. Walaupun benda ni mcm kecil, dia boleh jd tabiat atau pegangan atau mindset anak itu..

    ReplyDelete
  8. Yg no 6 tu..saya tengah ajar anak2.dh pesan banyak kali tapi si adik tetap nak buka sampul.dia x kesah pun amount yg dia dapat tapi tah lah...dia tetap excited nk buka.
    Kadang2 saya rasa bg duit raya ni dah jd kemestian.kalo zaman saya dulu..dapat 50 sen pun dah seronok.tapi sekarang ni..kalo bagi rm 2 pun budak2 buat muka...sebab dh jadi kebiasaan dia dapat rm5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu Tu la dilemma mak ayah Kan. Last year Syafi pun Ada peramgai mcm ni. Tahun ni alhamdulillah xde dah

      Delete
  9. Betul tu mamapp..
    Kena ckp dgn anak dari rumah lagi..
    Apa yg patut dia buat dan tak boleh..

    Selamat hari raya mamapp 😊

    ReplyDelete
  10. Akak setuju sgt2, kdg2 terkesan bila secara terang2 minta duit raya sekali dgn amaun yg dikehendaki....

    Zaman skrg ni, byk kena fikir, gaji makin besar, belanja pula makin bertambah.

    ReplyDelete
  11. Betul jgn ajar ank mtk duit raya...kalo dpt duit raya rezeki..xdpt aggap je xde rezeki...

    ReplyDelete
  12. betul-betul.cakap pasal duit raya ada satu geng budak-budak ni tiap-tiap hari datang beraya. selagi tak dapat duit diorang tak nak balik. Last-last opah saya fed up dan suruh tutup pintu bila diorang datang. pelik jugak tengok manalah mak ayah. Takkan tak ajar adab datang rumah orang

    ReplyDelete
  13. Tq korang ye sudi baca. Mmg betul semuanya ni

    ReplyDelete
  14. kan !! memang setuju betul.. dari kecik kena ajar anak pasal adab..

    ReplyDelete
  15. Tu laa.. kitalah yg bertanggungjawab mendidik mereka

    ReplyDelete
  16. sangat setuju mama. kena brainwash anak awal awal jangan fikir pasal duit raya tapi patut lebih fikirkan kuatkan silaturahim dan saling menghormati antara satu sama lain, huhu. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post