Tuesday, May 30, 2017

Resepi Ayam Goreng Berempah

Ayam goreng berempah memanglah kesukaan kesayangan mama si Syafi Tu. Di sebabkan dia tak suka makan pedas maka memang inilah yg selalu dia makan (hampir hari-hari you).

Jom tengok resepi ayam berempah style mama pipie:



Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam (suku ayam le tu) 

Di kisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah (kalau ganti sebiji bawang besar pun boleh)
1 inci halia
2 batang serai

Bahan dicampurkan dengan bahan kisar:
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar (mama guna serbuk ketumbar Baba's)
1 sudu besar serbuk kari 
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Garam secukupnya
*Kalau nak pedas sikit boleh tambah cili boh atau serbuk cili sesudu.
1 tangkai daun kari jika suka (mama tak letak sebab nanti satu keje Pula nak pilih Dan asingkan daun Kari untuk si dia tu)

Cara penyediannya:
1) Campurkan kesemua bahan Di atas (ayam, bahan kisar Dan segala serbuk Tu).
2) perapkan selama lebih kurang 15-30 minit
3) goreng 
Siaplah ayam goreng berempah kita

Simple Dan sedap
x

14 Responses so far.

  1. tetiba rasa lapar pulak..haaa²

  2. Waah sedapnya, boleh untuk buka puasa nanti mama, thanks for shared.

  3. wah boleh amik resipi ni ek.. nak cuba

  4. mamapp says:

    Sabo cikgu.. sat lg dah nak buka hihi

  5. mamapp says:

    Tq khebo. Boleh la try ikut resepi ni

  6. mamapp says:

    Selamat berpuasa haslynda

  7. mamapp says:

    Boleh ciklily.nanti bgtau ye sedap ke tak

  8. Ohh mesti sedap ni kalau sampai "si dia" request hari2. Harus dicuba nanti. Tq.

  9. mamapp says:

    Alhamdulillah kena dgn tekak anak mama Tu ms mirror. Cubalah try test hihi

  10. antynid says:

    tetiba perut berkriuk2 tgk resepi ni. hehehee

  11. mamapp says:

    Hihi dah bulan posa ni mmg asyik tgk gambar makanan Kan hihii

  12. Zie Azi says:

    menu simple, budak2 pun suka makan ayam goreng je..

  13. sedapnya... anak-anak aku pun suka ni..

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors