Wednesday, May 17, 2017

Pengalaman kena attack dengan Ransomware

Korang nak tau cerita tak? Sebenarnya pengalaman kena attack dgn Ransomware Tu bukan pengalaman mama sendiri. Tapi terjadi pada Officemate mama lebih kurang 3 tahun lepas. Di office mama sendiri.

So, Ransomware yg menyerang sekarang ni sebenarnya bukanlah baru pun. Ni dh version keberapa tah.

Alkisah.. Kawan mama ni kerjanya menerima file Dari customer melalui file yg disend melalui email untuk diproses. Tapi satu hari Tu dia tak perasan  jenis attachment Di email dia Tu pelik. Dia main buka saja attachment. Tappp!!! Terus keluar skrin merah Dan Ada kata2 kat situ. Mama pun tak tau  dia tulis apa. Last2 semua data Dan system dalam pc dia semua tak boleh pakai sebab  terpaksa format pc. Data still ada dlm pc tapi tak boleh buka. So terpaksalan reset semuanys, maka abislah terkorban semua software, reports dan fail customer. Alahai kesiannya. Effectnya makan setahun juga nak pulih.

Tak habis Di situ... pc yg dia pakai Ada sharefolder dgn pc sebelah pula. Aduyaiii.. terkena juga pc sebelah Tu tapi tak byk fail yg kena. So,kesimpulannya Di sini baiklah kita hati2ye atas semua email Dari sender yg kita tak kenal. Dan jgn sesekali buka attachment yg Ada Nama pelik atau file type dia pun pelik. So, beringat2 lah sesama kita.

Pssstttt... IT office mama bgtau kalau terkena Ransomware ni kalau bayar ransom pun tak semestinya boleh dpt balik semua data.

6 Responses so far.

  1. wah.. seramnya.. harap tak kena la kat kita...

  2. Seramnyaaa kalau kena gini.. Thank you for sharing this story.. Follow sini #3633

  3. mamapp says:

    Tu la ita. Bersiaran kita tak kena tempias

  4. mamapp says:

    Tq sudi baca ye husniey.tq juga sudi folo mama

  5. Aiman says:

    yup betul. kalau bayar pun belum tentu. seram wehh kalau kene

  6. mamapp says:

    Tu la kan.. mampu doa aje jgn smpai kena

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors