Friday, November 28, 2014

Karnival Upin Ipin, indah khabar dari rupa?

Salam semua, sorry mama sibuk sket skrg ni. Mama nk update pasal pemergian kami ke Karnival Upin Ipin Ultraman ahad lepas. Sebenarnya pada hari yg sama mama dah buat posting panjang berjela siap bagi senarai apa yg patut diorang improve. Malangnya posting ter stuck dalam apps blogger kat henpon. Status dia "Publishing" sampai la ni.. sedih ar penat taip tapi tak keluar.

So, arini nak tunjuk gambar je sikit. Malas dah nk ckp lebih2. Apa2 pun, mama nak bagitau kt event management carnival ni agar cari tempat yg sesuai utk carnival ni. They should expect crowd yg sgt ramai, so tak boleh lah buat kat dewan ceconet tu. Lebih sesuai buat di tempat terbuka. Program mmg menarik, tapi buat apa buat program kalau org tak dpt tgk kan.

Dah le dewan kecil, booth sales semua kat dalam tu juga. Dah mengalahkan sardine. Mmg ramai budak2 yg menangis2 kat situ tak dapat tengok persembahan. Ruangan di depan pentas utk audien kecil sgt. Paling tak sesuai letak pula booth depan pentas, so, tak semua org dpt tgk. Kan elok booth yg depan pentas letak luar dewan. Org sambil shopping pun boleh tgk persembahan.

Apapun, kami balik awal semasa pertengahan persembahan ultraman. Pergi jalan2 kat Alamanda lagi baik. Badan berlengas, anak meragam tak dpt tgk ultraman. Nasib baik tak fengsan bersesak kat sana.. yang pastinya ramai yg pulang kecewa.. huhuu..

9 Responses so far.

  1. ramainya orang.. macam mana nak tengok kan.. kesian dekat semua yg tak dapat tengok..

  2. me one of them yg kuciwa..lagi laa langsung x dpt tengok ultraman.. hahahaha.. mak yg over ngalah kan anak..

  3. Saya pun ada kat sana tapi saya pegi hari ahad. Nasib saya agak baik sebab dapat parking atas betul2 depan pintu lobi utama. Memang teramat ramai orang nasib baik anak saya tak meragam. Kami pun tengok dari jauh je. Depan pentas dah penuh orang apatah lagi yang kat luar.

    Harapnye lepas ni les copaque akan lebih sensitif tentang isu pemilihan tempat ni. ^^

  4. mamapp says:

    tu la sabrina.. mmg bertolak2 kat sana. seram mama..

    yoorin, sabar la ye. kita senasib. hihi mak org nak anak happy last2 mak yg keciwa. anak ok je haha

    dila, ntah2 kita tertembung kat sana tp x kenal kan. tu la dila, harap event selepas ni diorang belajar dari kesilapan. kalau terkena kali kedua mmg mama boikot je laa event diorang ni

  5. mcm tempat event iak sesuai je.

  6. mgkin dorang pun xsangka akan dapat crowd smpai cmtu kot., huhu

  7. mamapp says:

    mmg tak sesuai thomas.. kena buat kt stadium baru ok.

    zuhdi, ini bukan event 1st time. diorang dah buat dah sebelum ni huhuu

  8. Yun Sing says:

    Amboi meriahnya .__.

  9. mamapp says:

    tq yun sing sudi singgah

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 336000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..