Pesawat malaysia terhempas lagi Mh17 - alfatihah

Gambo dr bbc dan WhatsApp mama. Sori ada gambo ngeri

Huhu sedihnya.. tak sangka negara kita aman boleh jadi mangsa pengganas negara lain. Alfatihah untuk semua mangsa. Salam takziah buat keluarga mereka.. kumpulan pemberontak tu “Donetsk People’s Republic” mengaku pun tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu kerana mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

Ni senarai penumpang berdasarkan nationality mama amik kt bbc.

154 Dutch nationals,
27 Australians,
23 Malaysians,
11 Indonesians
Six Britons,
four Germans,
four Belgians,
three from the Philippines and one CanadianAll
15 of the crew were Malaysian

Ni kronologi mama ambil dari bharian

Nahas MH17: Urutan masa nahas

2014/07/18 - 03:49:35 AM

KUALA LUMPUR: Berikut ialah urutan masa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dilaporkan terhempas di sebuah kawasan tegang di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada Khamis. 

Pesawat Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. "">Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat. Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah "ditembak" namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu. 

17 Julai (Khamis) 
* 12.15 Tengah Hari - (waktu tempatan Amsterdam) MH17 berlepas dari Lapangan Terbang Amsterdam. 

* 10.15 MALAM - (waktu Malaysia) MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. 

18 Julai (Jumaat) 
* 12.00 TENGAH MALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menulis tweet: “Saya terkejut dengan laporan bahawa sebuah pesawat MH terhempas. Kami akan melakukan siasatan serta merta." - Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk mengarahkan siasatan dilakukan terhadap nahas itu. 

* 2.07 PAGI - Laporan Reuters memetik Menteri Kecemasan Rusia Vladimir Puchkov sebagai berkata Rusia telah meminta kebenaran Kiev pada Khamis untuk membantu kerja-kerja menyelamat di selatan Ukraine selepas sebuah pesawat penumpang Malaysia terhempas di kawasan itu. 

* 2.30 PAGI - Laporan Reuters memetik Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai berkata di Wilmington, Delaware pada Khamis bahawa nahas pesawat Malaysia di sempadan Ukraine adalah satu "tragedi dasyat" dan Amerika Syarikat mahu menawarkan bantuan sewajarnya untuk membantu mengenal pasti apa yang berlaku dan mengapa ia berlaku.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

5 Comments

Words of wisdom

  1. Salam takziah buat keluarga mereka dan alfatihah utk mangsa beragama Islam..

    ReplyDelete
  2. moga keluarga mangsa kuat dn tabah menerima ketentuan ini .... al fatihah ...

    ReplyDelete
  3. Allah . Sayu sangat dengan berita cmni . Semoga ahli keluarga mangsa tabah berdepan ujian sebegini

    ReplyDelete
  4. kita turut merasa sedih dan down atas berita ni kan.. semoga keluarga mereka tabah

    ReplyDelete
  5. Lepas satu,satu,pls pray for the country.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post