Telefon 999 setelah bunuh orang??

Salam raya kepada semua.. dah ramai gak kan yg dah beraya besar yakni dah abes puasa enam.. mama tgh berusaha lagi ni.. lepas raya ni takde modal nak berblogging.. tepi tadi terbaca berita menarik kt HMetro..

 

Pembunuh bangang

Riyadh: Seorang lelaki Habsyah yang tinggal secara haram di Arab Saudi menelefon nombor 999 untuk meminta bantuan melarikan diri selepas dia membunuh bapa saudaranya.

Lelaki berusia 19 tahun itu dilapor mengguna kayu untuk memukul bapa saudaranya hingga mati selepas bergaduh di ladang majikan mereka di Madinah.

Dia kemudian menelefon seorang lelaki tempatan yang dipercayai penyeludup rakyat asing untuk keluar dari Arab Saudi.

“Penyeludup itu memberitahunya supaya menelefon nombor 999 dan ‘mereka’ akan membantunya.

“Dia menelefon nombor berkenaan dan menceritakan apa sebenarnya terjadi, tanpa mengetahui nombor itu nombor polis,” lapor akhbar Al Saudeh.

Polis tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu dan menemui mayat bapa saudara lelaki itu.

 

 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

2 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post