Sentuhan sayang mekarkan hubungan


Sentuhan saying mekarkan hubungan. – Foto hiasan

BILA terakhir anda dan suami jalan berpimpinan tangan? Ingatkah anda kali terakhir suami mengusap rambut anda sebelum keluar dari rumah.

Adakah anda suami isteri terkejar-kejar memenuhi impian karier hingga terlupa untuk saling menyentuh di antara suami isteri.

Sentuhan yang dimaksudkan bukannya bermaksud sentuhan untuk seksual semata tetapi sentuhan yang walaupun sedikit tetapi kerap dilakukan sebagai meluah kasih mesra suami isteri yang sentiasa mekar berpanjangan dalam rumah tangga.

Apa yang sering terjadi semakin hari semakin tawar rasanya. Suami sibuk dengan kerjaya, isteri pula membawa haluan sendiri malah makin rancak dengan kerja-kerja pejabat yang seolah tiada penghujungnya. Bagi isteri yang bekerja pastinya tanggungjawab yang digalasnya lebih berat lagi, apalagi kena menjaga rumah tangga, anak-anak perlu diuruskan suami pula minta dilayan dengan baik.

Isteri yang solehah memiliki perasaan yang sensitif, jiwanya lembut adalah kerana  tautan emosi yang sentiasa bersatu dengan emosi suami. Bukankah cinta itu lahir daripada emosi dua insan. Lumrah sifatnya emosi ia tidak selamanya mekar menyala. Ia perlukan siraman dan sentuhan kasih sayang untuk kekal membara di jiwa dan minda

Penting bagi pasangan suami isteri untuk sentiasa menghangatkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Sudah pastilah salah satu teknik untuk menyemarakkan cinta adalah dengan sentuhan mesra penuh kasih dan sayang.

 
Jenis sentuhan  

Terdapat tiga jenis sentuhan yang boleh dilakukan iaitu sentuhan berahi, sentuhan dengan kata-kata dan sentuhan jiwa. Apakah yang dimaksudkan?

 
a.            Sentuhan berahi

                Hubungan intim yang semakin jarang di antara suami isteri boleh mengundang pelbagai masalah di dalam rumah tangga. Apatah lagi jika keduanya masih muda dan sihat bertenaga. Isteri tidak mperlu merasa sedih apabila menghadapi suami yang dingin. Usahakanlah untuk melakukan sentuhan dan rangsangan yang disukainya.

Ada kalanya isteri perlu lebih aktif dan berani menunjukkan keinginan, mungkin itu juga suami mahukan. ‘Be a good player’ jangan harapkan hanya suami sahaja yang memulakan langkah. Lagi pun dia adalah suami anda yang dikasihi. Jangan berasa bimbang dan curiga apabila suami tidak mahu melakukan hubungan intim. Cubalah bersangka baik dan memberikanya layanan mesra.

Mungkin juga dia sedang stres yang berat. Jangan berhenti mencuba pastikan sentuhan dan rangsangan anda benar-benar ‘natural’. Bagaimanapun perlu diingat kualiti itu adalah lebih baik daripada kuantiti , bukan jumlah kekerapan hubungan intim itu yang penting tetapi kemanisan hubungan yang dialami setiap kali bersama.

 
b.            Sentuhan kata

          Berapa lama agaknya anda tidak lagi mengirim SMS kepada suami, kini dengan wujudnya teknologi telefon pintar pelbagai cara lain yang boleh anda lakukan untuk menghangatkan lagi sentuhan dengan kata-kata.  Bukan sahaja dengan mesej bertulis, manfaatkan aplikasi mesej dan komunikasi melalui video juga dengan aplikasi seperti Skype dan Viber.

                 Sentuhan kata-kata bukannya mesej yang biasa-biasa sahaja tetapi cuba lakukan kelainan dengan kata-kata dan ucapan cinta kepadanya seperti ‘Saya sayang awak’,’Terima kasih kerana menjadi suami dan kekasih yang aku dambakan’,’Saya hanya jatuh cinta kepada abang seorang’...

                Jika anda hanya menunggu pihak suami sahaja untuk menyebut kata-kata romantik ini mungkin sukar menjadi kenyataan. Ramai suami yang hanya bersikap romantik pada zaman memikat sebelum perkahwinan, tetapi apabila perkahwinan sudah menjangkau bertahun lamanya ia menjadi semakin agak janggal untuk dipraktikkan lagi.

                Lebih-lebih lagi jika suami jenis yang pemalu,tegas ,ego dan sedikit sombong. Sudah suratan takdir dia tidak romantik, janganlah anda berasa sedih dan terganggu dengan keperibadiannya. Jadi bukankah lebih baik jika anda sendiri yang mengusik jiwanya dengan kata-kata manis, lemah lembut lagi mencairkan hatinya. Suasan yang tegang perlu ditenangkan,yang panas perlu pula disejukkan.

                Isteri yang baik dan bijak pastinya mahir mengawal mood isterinya.

 
c.             Sentuhan jiwa

       Cinta boleh membuat jiwa seseorang itu akur , taat dan setia kepada kekasih hati yang juga suami belahan jiwa anda.  Isteri yang menyayangi suami akan suka apa yang disukai suaminya dan marah dengan apa yang menjadi kemarahannya. Perasaan cinta dan sayang itulah yang menyatukan dua jiwa. Jadi suami isteri perlu banyak bertimbang rasa, saling mengalah dan saling mendukung demi kejayaan cinta mereka.

                Menurut kajian psikologi, semakin banyak persamaan di antara anda dan pasangan tidak kisahlah samada hobi, citarasa makanan mahupun perkara remeh yang menjadi kesukaan bersama , maka semakin kuatlah ikatan yang bertaut di antara dua hati ini.

                Jika isteri ditimpa kesusahan,suami juga berasa sedih dan risau keselamatannya. Begitu juga sebaliknya apabila ia berlaku pada pihak suami. Sedih dan tawa sentiasa bersama pastinya dapat menguatkan tautan jiwa di antara suami isteri. Isteri jangan terlalu asyik tenggelam dalam dunianya sahaja tanpa menyedari suami sebenarnya dalam kesusahan dan stress beban kerja.

                Sentuhan jiwa juga inilah yang banyak menjadi amalan pasangan bahagia yang sudah berumur dan mejangkaui usia perkahwinan yang matang. Walaupun sentuhan berahi dan kata-kata tidak terdaya diamalkan lagi tetapi cuba anda lihat cara orang-orang tua melayan pasangannya. Lihat bagaimana ibu bapa kita boleh mengekalkan kemesraan hingga ke akhir hayat.

                Jadi mekarkanlah kasih sayang dan cinta dalam rumahtangga mu. Luahkan perasaan dengan sentuhan walaupun ianya sekadar berjalan berpimpinan tangan.  Manisnya kasih sayang dalam rumahtangga akan kian terasa walaupun usia perkahwinan sudah kian bertahun lamanya.

Dipetik dari majalah NUR edisi September

 

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

4 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post