Pendarahan Hidung.. apa perlu dibuat?

Apabila hidung anak berdarah secara tiba-tiba, siapa yang tidak cemas apatah lagi bimbang ia boleh memudaratkan kesihatan si kecil. Bagi mereka yang belum pernah mengalaminya, situasi barangkali lebih membimbangkan sekiranya pendarahan berlaku dalam kuantiti yang banyak. Pendarahan hidung.. apa perlu dibuat?


Pendarahan hidung.. apa perlu dibuat?

Kebanyakan ibu bapa yang membawa anak mereka mendapatkan rawatan lazimnya berada dalam keadaan terlalu cemas hinggakan perkara utama iaitu menghentikan pendarahan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Justeru, jangan panik kerana gejala ini boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira jantina dan usia. Ia juga bukanlah satu isu yang serius hingga menyebabkan kemudaratan pada kesihatan si anak.


APABILA hidung berdarah, ajar anak untuk memicit hidung di bahagian kelopak hidung yang lembut dan pastikan mulut dalam keadaan ternganga.


PASTIKAN kanak-kanak berada dalam keadaan duduk dan tunduk ke hadapan sedikit, kekalkan posisi terbabit selama 10 minit. Bernafas melalui mulut bagi mengelakkan darah memasuki paru-paru.


Golongan Yang Kerap Alami Pendarahan hidung


Kebiasaannya ia berlaku dalam dua kumpulan usia iaitu kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dan golongan dewasa berusia lebih 50 tahun. Bagaimanapun, bagi kedua-dua peringkat usia ini pendarahan hidung berlaku atas sebab berbeza.


Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Aminuddin Saim, pendarahan hidung keba–nyakannya berlaku dalam kalangan kanak-kanak iaitu 80 peratus daripada mereka mengalaminya manakala 20 peratus lagi membabitkan golongan dewasa.



Hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia juga boleh berlaku dalam keadaan cuaca kering ataupun sejuk.

“Kebanyakan masalah hidung berdarah menyebabkan sedikit ketidakselesaan pada anak. Jika hidung berdarah, anak mungkin berasa takut dan tertekan malah muntah jika tertelan darah.

“Ia masalah biasa dalam kalangan kanak-kanak disebabkan aktiviti mereka oleh itu, ketahui cara menangani pendarahan hidung,” kata–nya.



Kenali Dua jenis keadaan pendarahan hidung


Pendarahan di bahagian hadapan hidung


Darah keluar dari bahagian depan hidung dan me–ngalir keluar ke salah satu lubang hidung atau kedua-duanya sekali jika pesakit bangun atau berdiri.


Pendarahan di bahagian dalam hidung


Hidung berdarah berlaku jauh ke dalam hidung dan mengalir keluar melalui bahagian belakang mulut dan tekak.

Apa yang penting adalah cara menguruskan kanak-kanak yang sedang mengalami pendarahan hidung kerana ia boleh dilakukan sendiri di rumah.

“Ibu bapa perlu tenang dan jangan kalut kerana ia menyebabkan lebih tekanan kepada si anak sekali gus menyukarkan proses rawatan memberhentikan darah yang mengalir.

“Kebiasaannya pendarahan hidung dalam kalangan kanak-kanak boleh dihentikan dengan segera namun, ibu bapa perlu mengetahui cara terbaik untuk melakukannya,” katanya.


Apa yang perlu dilakukan 

  • Suruh anak bertenang, berada dalam posisi duduk (jangan baring) dan bernafas melalui mulut secara perlahan-lahan.
  • Seterusnya picit bahagian lembut hidung dengan ibu jari dan jari telunjuk selama 10 minit hingga pendarahan berhenti.
  • Jangan bernafas melalui hidung kerana dikhuatiri darah yang mengalir akan memasuki paru-paru dan perut serta boleh menyebabkan kanak-kanak itu muntah
  • Pendarahan hidung akan berhenti dengan sendirinya selepas 10 minit dan amat jarang berlaku melebihi masa berkenaan

Proses rawatan yang diberikan adalah dengan memberikan ubat semburan hidung ataupun antialahan. Pemberian antibiotik tidak diperlukan kerana masalah ini bukan disebabkan jangkitan kuman pada tubuh.

Namun, jika kejadian ini berulang ibu bapa perlu melatih anak untuk mengatasinya sendiri kerana ia tidak memilih tempat untuk berlaku. Ibu bapa pula tidak boleh sentiasa berada di sisi anak ketika situasi itu berlaku.


Antara punca pendarahan hidung:

·  Trauma kemalangan.

·  Trauma disebabkan aktiviti mengorek hidung.

·  Keradangan pada hidung yang terbahagi kepada alahan hidung, rhinitis atau sinusitis (jangkitan kuman).


Antara punca lain namun jarang berlaku:

·  Ketumbuhan atau kanser hidung bagi golongan dewasa.

·  Penggunaan semburan hidung secara berlebihan.

·  Bagi golongan dewasa berusia lebih 50 tahun, 50 peratus masalah pendarahan hidung disebabkan penyakit darah tinggi atau penghidap penyakit jantung serta trauma rawatan kerana mempunyai ubat mencair darah dan menyebabkan salur darah pecah.


Mitos dalam menangani situasi hidung berdarah:

·  Memasukkan daun sirih ke dalam hidung.

·  Tuam menggunakan ais di bahagian kepala yang boleh menyebabkan pening kepala.

·  Menyumbat hidung dengan kapas boleh mencederakan lagi bahagian hidung berdarah.

·  Disebabkan pengambilan makanan yang dipercayai memiliki unsur panas dan sejuk kepada badan.



Keadaan yang menyebab–kan pendarahan hidung:

·  Ia bukan disebabkan cuaca panas tetapi disebabkan keadaan persekitaran yang berhabuk.

·  Kawasan yang terlalu kering disebabkan peng–gunaan penyaman udara terlalu kuat. Apa yang perlu dilakukan adalah membasahkan hidung serta pastikan kawasan hidung sentiasa lembap.

 

Diambil dari BHarian.. Info ni berguna bagi mama.. so tepek la kt sini utk rujukan..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

2 Comments

Words of wisdom

  1. kak lea pun baru berdepan dengan keadaan ni baru2 ni.kami satu family keracunan makanan,kebetulan si kecil yang 6 tahun demam.masa nak bawa mandi,tiba2 hidung berdarah.syukur cepat bertindak macam tips kat atas :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post