Saturday, July 20, 2013

Budak maut ditinggal 5 jam dalam kereta

Bersimpatinya kepada ibu arwah.. dugaan besar utk keluarga mereka di bulan Barakah ini. Tapi di hari kemudian apakah yg akan dijawab kalau Allah tanyakan “Bagaimanakah kau menjaga amanat yg aku berikan kepada kau??” huhuuu.. pengajaran buat diri mama juga.. kalau boleh berlaku kepada org lain, mungkin juga akan berlaku kpd kita.. so, berhati-hatilah…

 

Ini adalah whatssapps dari kawan mama.. Salam adik2ku..dapat whatsapp ni dari grup sekolah anak Kak Han...semoga menjadi iktibar : Copy n paste (ambil ikhtibar)
Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku...

Tadi ada berita sedih ttg guru di SMK USJ4, krn kematian anak yg baru berumur 2 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati...

Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.

Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.

Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.

Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.

Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi??

Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa. 

Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..

Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri.

Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri... Sedih dengar...

Kesimpulan, jgnlah cuai terutamanya yg melibatkan anak. Dan, jgn terlalu fokus pd kerja hingga hilang tumpuan bab-bab tgjwb pd anak... Moga cerita ini dpt dijadikan teladan buat  semua rakan yg bergelar guru......

 

 

 

NOR Zatusy Hazwa Abdul Rahim dan suami sebak ketika menunggu mayat anaknya, Nawal Iris Samsudin (gambar kecil) di Hospital Serdang, semalam. - Foto Nik Hariff Hassan

Ibu terlupa anak tertidur di kerusi belakang

Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di USJ4, petang kelmarin.

Ibu kanak-kanak itu, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dikatakan terlupa anaknya itu di dalam kereta ketika tergesa-gesa menghadiri mesyuarat di sekolah berkenaan jam 11 pagi.

Mangsa, Nawal Iris Samsudin, ditemui dalam keadaan kebiruan dalam kereta ibunya sekitar jam 5.30 petang dipercayai kepanasan dan lemas.


-BH
Ibunya segera membawa anak bongsu daripada dua beradik itu ke klinik berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia.

Sebelum ke sekolah, Nor Zatusy Hazwa dikatakan menghantar adiknya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat itu kerana terlewat setengah jam.

Tak sedar anak tidur

Beliau tidak menyedari anaknya tidur di tempat duduk belakang keretanya.

Apabila kembali ke keretanya lima jam kemudian, Nor Zatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di tempat duduk belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.
Seorang kakitangan sekolah berkata kereta ibu mangsa ditutup rapat selain diletakkan di kawasan parkir tidak berbumbung dan cuaca panas terik.

“Selepas mesyuarat ibu mangsa dikatakan menghadiri kelas untuk mengajar dan terlupa anak yang ditinggalkan dalam keretanya.

“Mayat mangsa ditemui basah kuyup dan kebiruan,” katanya ketika ditemui BH.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata mangsa dipercayai mati lemas akibat terperangkap dalam kenderaan jenis PERODUA Myvi ibunya.

“Siasatan mendapati, ibu mangsa, didapati tanpa sedar meninggalkan anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes ini pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati terdapat unsur kecuaian dan dikelasifikasikan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 selepas solat Jumaat dengan dihadiri dihadiri kita-kira 30 ahli keluarga dan sahabat ibu bapanya.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata keluarga mereka reda dengan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

 

6 Responses so far.

  1. Takziah untuk keluarga simangsa, bak kata malang tak berbau...sedetik dalam kealpaan semua kemungkinan bolih terjadi..

    anggaplah trajedi ini sebagai iktibar untuk kita...

    salam ramadhan..

  2. selalu kita berhati-hati dalam semua hal...

  3. Faiz says:

    sekadar berkongsi adda..

    https://www.facebook.com/notes/wardina-safiyyah-officialpage/kisah-maut-dalam-kereta-ibu-sedikit-penjelasan-dari-seorang-sahabat-si-ibu-yang-/544424538954979

  4. Yaati Nor says:

    saya tak bape blh terima..saya rasa berkecil hati bagi pihak ibu2 ni..mcm mn anak boleh lupa tu yang plg tak blh terima.apa2 takziah mgkn sebab ajal dah ditentukan begitu..

  5. Kak yati nor..xboleh trime?sbb mnde cmni xjd kat dri akk.kite hnya mnusia biasa yg sllu buat silap.mcm mn skali kite syg n jage ank,klu tuhan da kate ms dia,maka pergi la dia..bile n bagaimana?tuhan punye kuasa..kite hnya mnusia biase..

  6. thomas says:

    kesian betul anak ni gaya2 terlupa.

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors