Monday, June 17, 2013

Senaman bagi pesakit buah pinggang

Diambil dari BH…

Ramai beranggapan setiap pesakit penyakit kronik tidak boleh melakukan aktiviti kecergasan seperti senaman kardio misalnya joging atau berlari untuk menambah stamina dan memastikan jantung sentiasa dalam keadaan baik.

Sebenarnya, ia masih boleh dilakukan cuma harus berhati-hati dan apabila dilakukan bersungguh-sungguh, ia memberi impak menakjubkan ke dalam diri setiap pesakit.

Kekuatan dalaman mula terbentuk apabila sedikit demi sedikit peserta dapat melakukan pergerakan yang dirasakan tidak mampu, tetapi dengan kesungguhan mereka dapat mempamerkan aksi luar biasa.

Terapi Rehabilitasi Sukan Pusat Perubatan Sunway, Muhammad Ghazali Abdul Jalil berkata, pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis juga boleh melakukannya tetapi dengan syarat mereka tahu keadaan sebenar dan terkini rekod perubatan.

Saranan doktor mengenai diet atau jenis senaman yang boleh dilakukan juga perlu diikuti supaya tidak memudaratkan diri.

“Saya amat menggalakkan pesakit bersenam kerana ia sedikit sebanyak membantu proses pemulihan mereka selain dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.

“Kebanyakan pesakit tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal ketika menjalani rawatan dialisis. Mereka hanya baring, tidur, melayari Internet atau membaca buku. Ini boleh diubah dengan melakukan beberapa pergerakan ringkas supaya mereka lebih cergas kerana selalunya pesakit akan berasa lemah sepanjang tempoh terbabit dan selepasnya,” katanya.

Antara faedah senaman untuk pesakit buah pinggang termasuk menambah kekuatan badan dan daya tahan, menambah kelenturan sendi dan otot, menguatkan sendi dan otot, meningkatkan stamina dan sistem kardiovaskular serta mengurangkan penat ketika dan selepas dialisis.

Selain itu, ia membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pengambilan pil darah tinggi, mengurangkan tekanan, meningkatkan hormon, menjadikan pesakit lebih aktif dan mening­katkan keyakinan diri antara pesakit dengan masyarakat.

Jenis senaman yang boleh dilakukan pula adalah berjalan, berjalan pantas,
berbasikal, aerobik, ­melangkah tangga, berenang dan senaman kardiovaskular untuk membantu jantung dan ­paru-paru supaya sistem pernafasan berjalan lancar dan teratur serta mengurangkan berat badan.


Bersenam selama termampu

Senaman bebanan untuk menguatkan otot dan sendi supaya kekal bertenaga dan mudah melakukan kerja atau meneruskan aktiviti harian boleh dipertingkatkan dengan bersenam menggunakan dumbbell, beg pasir, botol air atau jalur getah anjal.

Jenis senaman lentur untuk meningkatkan kelenturan sendi dan otot bagi mengelakkan kecederaan atau otot menjadi ketat ketika bersenam pula adalah yoga, bola fit dan regangan.

“Waktu sesuai untuk bersenam bagi pesakit buah pinggang adalah ketika mereka tidak melakukan rawatan dialisis dan tidak berasa keletihan atau sakit.

“Pesakit digalakkan supaya bersenam secara berteman atau di tempat awam. Ini bagi mengelakkan sesuatu berlaku ketika senaman dilakukan. Jangka masa yang disarankan untuk melakukan senaman adalah sekurang-kurangnya 30 minit dan lebih.

“Mereka digalakkan untuk bersenam selama yang mampu asalkan tidak menyebabkan penat keterlaluan dan masih mampu melakukan kerja harian selepas aktiviti itu.

“Tetapi pesakit harus lakukan senaman secara berpering­kat. Rehat secukupnya mesti diambil. Jangan buat senaman mengikut perasaan dan tentu pesakit dinasihati memakai pakaian dan kasut bersesuaian dan selesa,” katanya.

Berikut contoh senaman yang boleh dilakukan pesakit buah pinggang ketika menjalani rawatan dialisis. Ia juga boleh dilakukan di rumah menggunakan objek sedia ada seperti bola, tuala, selimut dan botol air.

(LANGKAH 1): Luruskan kaki, cengkam bahagian otot, angkat dan buka sedikit kaki seperti ini. Lakukannya dalam kiraan lima hingga 10. Ulangi sebanyak 20 kali.

(LANGKAH 2): Luruskan kaki, cengkam bahagian otot, angkat dan buka sedikit kaki seperti ini. Lakukannya dalam kiraan lima hingga 10. Ulangi sebanyak 20 kali.

(LANGKAH 3): Luruskan kaki, cengkam bahagian otot, angkat dan buka sedikit kaki seperti ini. Lakukannya dalam kiraan lima hingga 10. Ulangi sebanyak 20 kali.

LANGKAH 4: Letakan gulungan selimut atau tuala di bawah paha atau antara dua lutut lalu tekan dalam kiraan yang sama.

LANGKAH 5: Letakan gulungan selimut atau tuala di bawah paha atau antara dua lutut lalu tekan dalam kiraan yang sama.

LANGKAH 6: Sekiranya kaki tidak kuat, gulung tuala dan genggam erat.

LANGKAH 7: Sekiranya kaki tidak kuat, gulung tuala dan genggam erat.

LANGKAH 8: Angkat botol air begini untuk senaman di bahagian bahu dan tangan.

LANGKAH 9: Angkat botol air begini untuk senaman di bahagian bahu dan tangan.

3 Responses so far.

  1. Mizz Aiza says:

    perkongsian yang bagus.. :D

  2. macam best ja senaman nie, is ada satu teknik senaman, kegunaan adalah untuk semua, sihat dan afiat. tapi is pun masih lagi fail nak praktik, nama senaman makan 7 dengan makan 14. senaman warisan Melayu

  3. assalam,

    nak kene rajin dan amalkan selalu senaman ni..baru berkesan..

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me