Wednesday, June 19, 2013

Budak 13 tahun didakwa sebabkan kematian adik meniru aksi gusti

Kesian kat adik budak ni..  Sebab ni lah mama tak kasi syafi tengok cerita ganas2.. tp dah nama budak lelaki kan.. nak main lasak2 ajer.. kalau main gusti dgn mama pun dia menang skrg ni.. kuat woo…

NEW ORLEANS: Seorang budak berusia 13 tahun dari pinggir bandar New Orleans menghadapi tuduhan membunuh adik perempuannya berusia lima tahun selepas memberitahu penyiasat ia kerap melakukan kekasaran meniru aksi gusti melalui televisyen.

“Budak 13 tahun itu memberitahu dia mula meniru aksi 'WWE' dengan melakukannya kepada adiknya itu," kata Kol. John Fortunato di pejabat Sheriff Jefferson Parish dalam satu kenyataan hari ini.

Aksi itu termasuk sering menghempas adiknya di atas katil, menumbuknya di perut, melompat dan mengiku adiknya.


Siasatan koroner menunjukkan, kanak-kanak perempuan itu mati disebabkan beberapa kecederaan, termasuk patah tulang rusuk, pecah hati dan pendarahan dalaman.

Dalam satu kenyataan hari ini, WWE merakam takziah kepada keluarga mangsa dan amat prihatin kes kematian seumpama itu boleh menjejaskan industri berkenaan.

“Pihak berkuasa sudah mendakwa tertuduh atas tuduhan membunuh kelas kedua dan mengenal pasti ia bukan kematian mengejut disebabkan aksi gusti," katanya. - AP

 

10 Responses so far.

  1. mak bapak dia pegi mana?...nape x bela anak dia elok?...

  2. D_08 says:

    itu le sebab ngape mak bapak kene kawal mase tengok tv anak2 ..... budak2 akan meniru ape yang die tengok...

  3. hmmm susah gak la sebab kat Malaysia, lum ada lagi akademi Gusti untuk remaja underage, yang overage pun susah nak kawal yang kecik2 lagi laa payah.

  4. mamapp says:

    Truthful ly.. mama risau betul bila baca berita ni

  5. Rozita says:

    huhu... avoid WWF...WWE... semua yang WW tu la... dah la main tiap malam jumaat...

  6. mama ila says:

    kesian adikk yg xbersalah yg kena...budak2 mmg camtu..cepat terikut dengan adengan2 lam tv nie..parent kena pantau anak2

  7. Mizz Aiza says:

    kanak2 mudah terikut dengan apa yang mereka totnton.. itu bahayanya..

  8. S.K.A says:

    igtkn kt Malaysia..hm xpsal2 mati adik dia..bdk prmpuan plak 2 :(

  9. budak kecil memang suka meniru aksi yang bahaya tanpa mengetahui akibatnya...

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me