Thursday, May 9, 2013

Penjara mewah Arab Saudi

Alahai.. kalau mcm ni ramai la yg berebut2 nak masuk penjara..

 


Tahanan disediakan kemudahan kolam renang bersaiz Olimpik sebagai cara pemulihan mental dan spiritual.

 


Tahanan berhak mendapat rawatan di klinik khas dan rawatan rutin setiap minggu.

 


Dua set meja pool disediakan untuk tahanan menghabiskan masa selepas mengikuti ceramah motivasi.

 


Tahanan bebas menikmati pelbagai hidangan di dewan makan dengan selesa.

 


Penjara ini juga lengkap dengan kemudahan gimnasium bagi aktiviti riadah.

Militan al-Qaeda yang ditangkap di Arab Saudi dikatakan tidak berdepan suasana penjara seperti di kebanyakan penjara lain.

Mereka sebaliknya, diberi peluang menjalani pemulihan di sebuah pusat 'pemulihan mewah' yang jarang dirasai oleh tahanan lain.   

Pihak berkuasa Saudi berharap, suasana mewah pusat tahanan itu dapat menarik militan al-Qaeda kembali ke pangkal jalan melalui kaunseling, rawatan spa serta riadah.

Agensi berita tempatan melaporkan, pusat tahanan itu dibina lengkap dengan kemudahan kolam renang tertutup bersaiz Olimpik, sauna, gimnasium dan dewan menonton televisyen.

Tahanan berkelakuan baik mungkin diberi cuti dua hari untuk bertemu keluarga di sebuah suite khas di dalam kompleks berkenaan.

Pengarahnya, Said al-Bishi berkata, pusat tahanan terbaru di Riyadh itu akan menempatkan tahanan yang mempunyai cita rasa mewah sebagai galakan supaya lebih bersederhana dalam memahami agama.

"Banduan terbabit dikehendaki menghadiri kaunseling mengenai Islam untuk mendidik mereka memperbetulkan salah faham yang dilakukan melalui jihad," katanya.

Menurutnya, dalam usaha memerangi keganasan, mereka perlu diberi keseimbangan intelektual dan psikologi. Tetapi, tidak semua tahanan bersedia menerima pendidikan di sini.

"Kira-kira 10 peratus banduan melalui program di sini kembali ke kumpulan militan masing-masing. Ada beberapa individu berprofil tinggi menjadi lebih ganas,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini seramai 2,336 tahanan al-Qaeda menjalani rawatan di situ. –MailOnline

-SH

 

5 Responses so far.

  1. Mizz Aiza says:

    mewah&selesanya.. semua orang nak masuk penjara kalau wujud penjara ni di Malaysia..

  2. meme selasa mcm 2 BK pon nk la msuk la
    meh sini http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/teka-teki-harga.html

  3. mamapp says:

    kalau org miskin dan susah untunglah mereka kalau jadi penjenayah

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me