Friday, May 10, 2013

Lelaki yang rogol dan culik 3 wanita berdepan empat tuduhan

Ooo.. beginilah rupa org yg psiko ni.. adik beradik plak tu.. hii seram!!

 

 

Polis menyiarkan wajah Ariel Castro, 52 (tengah) yang disyaki menculik, menahan tiga wanita selama satu dekad tetapi Onil (kiri) dan Pedro Castro dipercayai tidak terbabit. - Foto AP

 

Cleveland: Pendakwa raya Amerika Syarikat menuduh seorang pemandu bas berusia 52 tahun menculik dan merogol tiga wanita yang dikurung di rumahnya selama 10 tahun.

Seorang daripada mangsa melahirkan anak perempuan dalam rumah bandar sederhana milik Ariel Castro, sebelum melepaskan diri Isnin lalu apabila ibu muda itu, Amanda Berry, berjaya meminta bantuan jiran.

Dua lagi mangsa gembira bertemu kembali dengan keluarga mereka kelmarin, sementara mangsa ketiga menerima rawatan dan polis menyoal suspek utama.



Castro dituduh merogol Berry, 27; Gina DeJeses, 23, dan Michelle Knighy, 32, kata pendakwa raya, Victor Perez.

Berdepan empat tuduhan

Dia juga berdepan empat tuduhan menculik dikaitkan dengan DeJesus, Knight, Berry dan anak perempuan Berry berusia enam tahun, Jocelyn.

Wanita terbabit dipercayai hanya dibenarkan meninggalkan rumah seketika sebanyak dua kali, kedua-duanya untuk masuk ke dalam garaj, kata timbalan ketua polis, Ed Tomba pada sidang media.
Mereka ada di rumah itu. Mereka tidak percaya akhirnya dapat keluar selepas 10 tahun berlalu. Mereka tidak ditempatkan dalam satu bilik namun mengenali antara satu sama lain, katanya.

Beliau enggan mengulas laporan bahawa wanita terbabit hamil beberapa kali namun mengalami keguguran.

Dua lagi adik beradik Castro, Pedro, 54, dan Onil, 50, juga ditahan Isnin lalu kerana bersama Ariel ketika dia ditahan, namun tidak akan didakwa berhubung penculikan itu.

Kami tidak menemui petunjuk bahawa mereka terbabit atau tahu mengenai perkara itu. Kami tiada bukti mereka turut sama, kata Tomba.

Awalnya, ketua polis bandar Michael McGrath berkata wanita terbabit diikat dan ada rantai dan tali di ruang tamu.

Berry tiba kelmarin di rumah kakaknya dalam sebuah SUV diiringi motosikal polis dan ejen FBI. Tempat letak kereta dipenuhi belon dan mesej sokongan.

Buat ucapan ringkas

Orang ramai bertepuk tangan apabila kakaknya Beth Serrano keluar membuat ucapan ringkas mengucapkan terima kasih kepada penduduk dan meminta hak mereka untuk tidak diganggu, dihormati.

Tidak lama selepas itu, DeJesus diiringi ke rumah keluarganya oleh saudara mara, memakai baju sejuk dengan penutup kepala kuning namun sempat memberi lambaian lemah kepada orang ramai yang memanggilnya.

AFP

 

4 Responses so far.

  1. Mizz Aiza says:

    geram betul tengok mukanya.. semoga dia menerima pembalasan hukuman setimpal dengan kezaliman yang dia telah buat..

  2. mamapp says:

    harap2 dia dpt pembalasan setimpal kan aiza

  3. Rozita says:

    kesiannya... 10 tahun hilang hidupnya..

  4. mamapp says:

    tersiksa idup ita.. tak dapat bayangkan

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me