Friday, April 19, 2013

Mesej pembunuh di Facebook

Dgn kecanggihan teknologi zaman sekarang.. mama sure boleh tangkap org yg buat post tu..

Kuala Lumpur: “Hehe...tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur” ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam.

Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu.

Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas “bapak dia selalu cakap lebih...suruh ah tangkap aku...” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah...!!!!?!?” seolah-olah mengejek pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu.

“Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang.

Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis.

 

6 Responses so far.

  1. kesiannya mangsa.. tambh2 si suspek main2 pula..dah buat salah berani la ke depan..uuhu.. kesiah parents mangsa

  2. Macam-macam benda pelik dlm hal bunuh-membunuh skrg ni...bahaya betul. :)

  3. orang yg bercakap besar, takkan bertahan lama... akan tertangkap juga

  4. mamapp says:

    mama pelik betul pada org2 pelik mcm ni.. padahal bunuh ni adalah kesalahan dosa besar.. pelik la mama napa diorg pandang remeh menda camni.. ke dah makin ramai org jahat kat muka bumi ni.. insya allah org yg berbuat jahat xkan terlepas

  5. satu masa tuhan akan balas balik ...mungkin caranya tak sama samaada sedar atau tidak ..

  6. mamapp says:

    kalau bukan di dunia, di akhirat nanti Allah bayar kan

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me