Saturday, April 6, 2013

Kesian Fizz Fairuz..

Mama baca dlm BHarian arini. Kalau mama pun mama jadi trauma.. biasalah manusia takkan lari dari membuat kesilapan..

Fizz Fairuz akui trauma, mahu diam diri seketika

Kuala Lumpur: Pelakon siri Nur Kasih, Fizz Fairuz, mengakui insiden putus tunang dengan isteri orang membuatkan dirinya trauma sehingga mengambil keputusan mendiamkan diri buat seketika sebelum kembali muncul selepas segala-galanya reda.

Fizz berkata, tindakan mengunci mulut berhubung isu kes putus tunang dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar, 26, adalah kerana tidak mahu isu itu berpanjangan dan pada masa sama mahu menjaga hati ibunya, Norhaizan Jantan.

 

Tali pertunangan pelakon itu dengan Azlynn yang diikat pada 10 Februari lalu hanya bertahan seminggu apabila Fizz memutuskannya selepas mendakwa wanita berkenaan sudah berkahwin.



Peraga pakaian tajaan

Fizz yang hadir pada majlis memperagakan pakaian tajaan Lord’s Tailor sempena Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012), yang bakal berlangsung esok, menjadi buruan media yang menagih kenyataannya berhubung itu.

“Saya bukan mengelak daripada memberikan kerjasama, cuma tidak mahu apabila terlalu banyak memberikan komen, muncul versi yang berbeza-beza mengenai isu putus tunang.

“Lagipun saya mahu menjaga perasaan ibu. Saya tidak mahu dia tertekan apabila terlalu banyak cerita mengenai saya dimainkan di media. Biarlah apa orang hendak kata mengenai saya kerana yang paling saya bimbangkan perasaan ibu. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan orang kampung, lebih-lebih lagi dia sering ke surau,” katanya.

Dibenar berkahwin dua tahun lagi

Tegas Fizz, disebabkan kejadian memalukan itu, ibunya meletakkan syarat yang dia hanya dibenarkan berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum diijabkabulkan.

Sementara itu, pereka sut terkenal, Lord’s Tailor, meneruskan tradisi memeriahkan ABPBH apabila buat kali keenam menaja pakaian buat finalis dan penyampai trofi.

Bagi majlis pengiktirafan kali ke-26 ini, seramai lapan selebriti lelaki iaitu Fizz, Shaheizy Sam, Shah Iskandar, Johan, Along Cham, Aaron Aziz serta kumpulan Sleeq, Alyph dan Syarif.

Menggunakan ‘Ledakan Geometri’, selaku tema ABPBH 2012, sebagai ilham, rekaan menjurus kepada perincian aneka bentuk pada bahagian leher serta potongan celana terkini yang lebih tirus dan senteng.

Bereksperimentasi dengan warna garang bertepatan tema acara, rata-rata berani tampil bersama pelbagai rona pilihan termasuk biru firus, coklat, kelabu dan tidak ketinggalan ungu.

3 Responses so far.

  1. benda2 yang berlaku semuanya ada hikmah kan..

  2. kesian kan..


    saya masuk utusan... jom tengok :D

  3. mamapp says:

    tu lah fyna.. kot2 lepas ni dia jumpa yg 100x lebih baik mana tau kan

    nizam... mama pn kesian gak kt dia

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors