Wednesday, April 17, 2013

Ibu sarat mengandung bunuh diri dan 3 anak.. kesian

‘Kami tak akan disakiti lagi’

London: Seorang ibu yang sarat mengandung dipercayai membunuh diri bersama tiga anaknya selepas menulis dalam laman Facebooknya: “Kami tak akan disakiti lagi.”

Fiona Anderson dikatakan terjun dari sebuah bangunan tempat letak kereta setinggi 15 meter.

Beberapa jam kemudian tiga anaknya, Levina, tiga, Addy, dua dan Kyeden yang berumur 11 bulan ditemui mati di rumah panagsanya, kira-kira suku kilometer dari bangunan berkenaan.

Rakannya mendedahkan, Fiona, ‘ibu pintar’ yang berusia 23 tahun meninggalkan beberapa mesej meluahkan rasa kecewa selepas Craig McLelland, bapa ketiga-tiga anaknya, meninggalkannya untuk bercinta dengan wanita lain.

Dia sebelum ini menulis: “Tidak ada siapa inginkan kami. Tidak ada siapa yang membantu kami. “Orang sepatutnya membantu kami menipu dan cuba mengambil anak saya. Hanya Craig yang kami ada, tetapi dia juga sudah pergi.” Fiona dari Lowestoft, Suffolk, juga menulis: “Ibu amat sayangkan kamu dan saya akan sentiasa menjaga kamu. Saya memohon maaf kerana menyebabkan kamu kecewa. Kita tak akan disakiti lagi.” Pakar Patologi dari Pejabat Dalam Negeri semalam melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu untuk menentukan punca kematian mereka.

McLelland tiba di rumah pangsa Fiona selepas dimaklumkan ada orang membunuh diri. “Saya dapat merasakan siapa dia,” katanya.

MCLELLAND bersama ketiga-tiga anaknya.

RUMAH pangsa tempat mayat kanak-kanak itu ditemui.

Rakan Fiona Karleigh Burlingham, 20, berkata, Craig meninggalkan wanita itu kira-kira sebulan lalu.

FIONA

“Ketiga-tiga anaknya sihat dan dibesarkan dengan baik. Dia melalui saat getir.” Seorang rakan lain berkata: “Kami diberitahu dia menulis dalam laman Facebooknya malam tadi: ‘Anak saya akan pergi bersama saya.’ Tidak sangka ada orang terfikir dia akan mencederakan dirinya, lebih-lebih lagi anaknya. - The Sun

 

14 Responses so far.

  1. Rozita says:

    Ya Allah... jauhkan la kami dari pertimbangan yang seperti ini dari menimpa kami..amin..

  2. mama ila says:

    Nauzubillah...hmm..macam2....kesian kat anak2..kecik2 lagi dah dibunuh

  3. mamapp says:

    mmg kes hilang pertimbangan la ni.. lagipun mmg dia muda dan sarat mengandung plak tu.. mana tak stress dgn anak2 kecik lagi.. rasanya masa ni lah keluarga dan sahabar or jiran kena mainkan peranan kan

  4. adoiii kesiannya anak2nya..dia tertekan n tak dapat sokongan,tuh wat jalan singkat

  5. huny madu says:

    kesiannya..kecewa & x fikir panjang la ni

  6. Eye_nee says:

    Bila akal yg panjang tiba2 menjadi pendek....

  7. aima says:

    cedihnya...bila tertekan...mcm mcm

  8. mamapp says:

    kesian kan.. dah ler anak2 dia semua comel2.. kalau tanak bagi mama pun ok gak

  9. mamapp says:

    mmg tragis azuria :(

  10. Kasian ya anak yang tidak berdosa ikut menjadi korban dari perbuatan ibunya...

  11. mamapp says:

    tak dpt bayangkan ..ee kejam kan

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..