Tuesday, April 16, 2013

Bila Nik Aziz bicara soal cinta...



Psst.. ada nampak mama tak dlm pic di atas hehe..

Kepada sesiapa yg belum beli “Bicara Ini Demi Ilahi” karya Tuan Guru Nik Aziz.. silalah dapatkannya di pasaran yek.. mmg best buku tu.. mama baru baca sikit..

 

SHAH ALAM - Jarang sekali kita mendengar luahan hati seorang alim ulama tentang pengertian cinta dalam kehidupannya.

Apatah lagi, seorang tokoh terkenal dalam politik seperti Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berbicara soal cinta, Nik Aziz menggambarkannya sebagai suatu anugerah yang tidak terhitung nilainya.

"... cuma kerana kita tidak terdidik dengan cinta pada ALLAH SWT,  bukan cinta kepada perempuan, cinta kepada harta...

"Apabila kita terbawa-bawa,  (maka) menyalahgunakan nikmat cinta," ujar Nik Aziz pada program Bicara Cinta dan pelancaran buku "Bicara Ini Demi Ilahi" terbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Menurut Nik Aziz, apa pun jua, kecintaan seorang umat manusia itu mestilah kepada ALLAH Yang Maha Esa.

"Jika cinta kepada ALLAH, perlu ikut perintah dan ikut Nabi Muhammad SAW," ujar beliau.

"Alhamdulillah, disebabkan Islam ini agama untuk semua, orang Cina pun tidak takut kepada Islam...," tambah Nik Aziz lagi.

Buku Bicara Ini Demi Ilahi yang dilancarkan hari ini antaranya mengisahkan kehidupan peribadi Nik Aziz sebagai seorang suami dan ayah.

Dalam bukunya, Nik Aziz mengingatkan kaum lelaki akan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan khalifah di muka bumi.

Buku ini antara lainnya mengandungi elemen kasih sayang dan sisi lain seorang pemimpin yang disegani sebagai seorang suami.

"Tidak malu saya katakan, saya sering tidur di ribanya setiap kali pulang selepas menjalankan tugas harian," antara nukilan Nik Aziz dalam bukunya.

"Isteri saya tidak merungut walaupun jam tika itu sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Sebaik meletakkan kepala di ribanya, saya dapat rasakan segala keserabutan hilang begitu sahaja," luah beliau.

Nik Aziz juga berkata "tidak terluah dengan kata-kata rasa syukur ini kerana dianugerahkan dengan isteri sepertinya sejak perkahwinan kami pada 20 November 1962."

Karya buku Bicara Ini Demi Ilahi antara lain mengandungi himpunan kata-kata motivasi dan karya-karya perjuangan yang pernah diungkapkan pemimpin itu.

Turut dimuatkan kata-kata ingatan dan nasihat tentang akhlak-akhlak Islam,  perjuangan Islam yang sebenar, peranan seorang khalifah yang merujuk kepada kaum lelaki iaitu bagaimana seorang lelaki itu mendidik anak dan isteri ke arah kebaikan sepertimana yang dianjurkan oleh Islam dan sebagainya.

 

3 Responses so far.

  1. romantik jgk tok guru kita nie..:)

  2. mamapp says:

    tu laa.. buku ni mmg best.. mama dah baca sikit.. belilah sekarang.. semalam baru launching kan

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 334000 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..