Wednesday, April 10, 2013

Bayi tiga bulan terpaksa buang mata

Kesian baby ni.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yg terjadi.. mama doakan baby Muhamad Haidar cepat sembuh yer.. kesian, kecik2 dah kena kanser..

 


Mata sebelah kanan Muhamad Haidar terpaksa dibuang dan mata sebelah kirinya juga kini telah dijangkiti kuman.


Noor Hayati menyusukan Muhamad Haidar sambil diperhatikan Zuhaidi.

GEORGETOWN - Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah yang terpaksa ditanggung adik Muhamad Haidar Nasran Zahidi, tiga bulan apabila dia disahkan menghidap kanser mata atau retinablastoma.

Anak kedua kepada pasangan Zahidi Azhar, 35, dan isterinya Noor Hayati Samsudin, 31, disahkan menghidap penyakit berkenaan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mata kanan anak mereka mengalami bengkak dan kemerahan.

Akibat daripada penyakit itu, mata kanan bayi comel yang dilahirkan pada 3 Januari lalu terpaksa dibuang bagi mengelakkan kuman berjangkit ke bahagian lain.

Namun difahamkan, mata kiri Muhamad Haidar juga telah disahkan terkena jangkitan kuman dan kini berada di tahap kedua.

Zahidi yang ditemui di rumahnya berkata, mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada mata kanan Muhamad Haidar ketika dia berusia 54 hari.

“Beliau dilahirkan dalam keadaan normal dengan berat 3.4 kilogram.

“Namun selepas 54 hari mata hitam sebelah kanannya bertukar menjadi putih, membengkak dan menjadi kemerahan keesokan harinya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Zuhaidi berkata, bimbang dengan tahap kesihatan anaknya, beliau membawa Muhamad Haidar ke klinik berhampiran sebelum diminta dirujuk ke HKL.

“Apabila mengetahui anak menghidap ketumbuhan mata (kanser), saya dan isteri tidak dapat tidur lena dan memikirkan nasib yang akan dihadapi oleh Muhamad Haidar.

“Selepas disahkan menghidap kanser, kami pasrah dengan ketentuan tuhan dan berusaha untuk menyembuhkannya namun kami terpaksa akur dengan nasihat doktor untuk membuang mata sebelah kanannya.

“Bagaimanapun, selepas menjalani kemoterapi, doktor pula mengesahkan mata kirinya pula terkena jangkitan namun tidak terlalu serius dan boleh dirawat,” katanya.

Zuhaidi yang bekerja sebagai pengurus jenazah berkata, beliau perlu berulang alik dari rumahnya di Kampung Dodol di sini ke HKL tiga minggu sekali bagi membuat kemoterapi.

Beliau berkata, doktor juga terpaksa mengambil air tulang belakang Muhamad Haidar bagi membuat ujian tahap jangkitan kanser pada mata anaknya itu.

Sementara itu, isterinya Noor Hayati berkata, dia terpaksa berhenti kerja sebagai operator di sebuah kilang di Bayan Lepas bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap anak kesayangannya itu.

Noor Hayati berkata, walaupun terpaksa menanggung derita namun Muhamad Haidar tidak selalu meragam namun selepas menjalani kemoterapi anak lelakinya itu hilang selera makan dan minum.

“Ini dugaan yang besar dari ALLAH terpaksa saya hadapi namun dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan saya menerima takdir ini dan percaya ada hikmah di sebaliknya,” katanya. 

Ditanya mengenai kos yang terpaksa ditanggung untuk rawatan dan pembedahan Muhamad Haidar, Zuhaidi berkata dia bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan dan tidak terbeban dengan kos pembedahan yang dikenakan oleh HKL.

Beliau berkata, rakan-rakan sekolahnya juga telah melancarkan tabung untuk anaknya yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Alhamdulillah, selepas rakan saya membuat hebahan di laman sosial mengenai nasib yang menimpa anak saya banyak pihak tampil untuk memberikan bantuan dan sumbangan," katanya.

Zuhaidi berkata, buat masa ini beliau amat memerlukan sokongan dan doa daripada semua dan berharap anaknya dapat sembuh serta dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.

Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh terus menyalurkan bantuan ke akaun Maybank Noor Hayati Samsudin (157139695983).

 

6 Responses so far.

  1. Kasihan banget yah.. mudah-mudahan diberikan ketabahan dan kekuatan. amin

  2. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

  3. Kesiannya...kecik lagi dh diuji sedemikian rupa.

  4. mamapp says:

    tu la.. memasing punye bahagian.. ini ujian utk diorang.. kalau diorang bersabar.. insya allah ganjaran besar utk mereka.. doakanlah utk baby ni yer..

  5. Ala kesiannya baby tu... kecik lagi dah takder mate.

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors