Monday, April 22, 2013

5 termasuk pemandu maut di Lebuh Raya Persekutuan

Alfatihah..
pagi2 lagi dah baca cerita tak best ni.. semoga mereka yg meninggal ditempatkan di kalangan org beriman. Muda2 belaka. dlm BH dinyatakan bahawa bapa kpd salah seorg mangsa tau kemalangan ni dalam facebook kerana ada org upload video eksiden ni.. canggih betul teknologi sekarang ni kan..


Kemalangan ngeri yang berlaku di Lebuh Raya Persekutuan awal pagi ini. - Foto ihsan Facebook Harimau Malaya
SHAH ALAM - Lima lelaki termasuk seorang pemandu kereta maut dalam kemalangan di Kilometer 10.5, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Klang, awal pagi tadi.

Menurut sumber, sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu, tiga daripada mangsa yang menunggang, berhenti di lorong kecemasan selepas motosikal seorang daripada mereka mengalami kerosakan.

Bagaimanapun katanya, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Honda City yang hilang kawalan terus merempuh mereka.

“Rempuhan itu menyebabkan tiga penunggang motosikal dan pemandu kereta itu maut di lokasi kejadian.

“Tidak lama selepas kejadian berlaku, terdapat seorang pemandu kereta lain berhenti di situ untuk menghulurkan bantuan, namun kenderaannya dirempuh pula oleh seorang penunggang motosikal lain,” katanya.

Menurutnya, penunggang  motosikal itu disahkan mati akibat rempuhan kuat.

Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Zulkifli Joned ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, satu sidang akhbar berhubung kejadian akan diadakan petang nanti oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob.
SH

- - - - - - - - - - - - 

Berita dari BH

Detik lima maut

Shah Alam: “Saya sudah tarik tangan mereka berdua, tapi kedua-duanya kaku, mungkin kerana panik. Melihat kereta itu makin dekat, saya segera melompat ke tengah jalan. Kalau tidak mungkin saya juga terbunuh.”
Demikian kata Muhammad Hakim Suharman, 17, menceritakan situasi beberapa saat sebelum dua rakannya terbunuh bersama tiga yang lain dalam kemalangan jalan raya awal pagi semalam.

Kemalangan meragut lima nyawa itu membabitkan empat motosikal serta dua kereta dan berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang pada kira-kira jam 3 pagi.
Dua rakan Muhammad Hakim yang terbunuh ialah Amirul Afiq Zainuddin, 22, dan Mohd Faridzuan Mohd Aziz, 21. Muhammad Hakim berkata, sebelum kejadian dia dan kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di sebuah restoran di Shah Alam, berhenti di laluan kecemasan apabila rantai motosikal Yamaha milik Amirul Afiq tercabut.

“Kami berada di situ kira-kira 15 minit dan ketika hendak meneruskan perjalanan semula, tiba-tiba saya lihat sebuah kereta Honda City berpusing ligat menuju ke arah kami.

“Dari tengah jalan, saya melihat dengan jelas kereta Honda City itu merempuh sebelum mengheret Amirul (Afiq) dan (Mohd) Faridzuan beberapa meter. Ketika itu, hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya,” katanya.
Menurutnya, selepas merempuh kedua-dua mangsa, Honda City itu bersama pemandunya terhumban ke dalam longkang di tepi lebuh raya dan pemandunya turut mati di tempat kejadian.

Seorang saksi kejadian, Zaid Marsum, 17, pula berkata, tidak lama selepas kejadian itu sebuah kereta BMW yang lalu di situ dan berhenti, mungkin kerana pemandu dan seorang penumpangnya mahu memberi bantuan.
“Kereta BMW itu sudah ke depan, namun mengundur semula kira-kira 100 meter sebelum berhenti. Malangnya, sebaik saja penumpang kereta itu turun dari kereta, dia dilanggar sebuah motosikal lain,” katanya.

Akibatnya, Syahmie Farid Izzat, 21, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR dan Kalaychelven turut terbunuh di tempat kejadian. Syahmie Farid Izzat dipercayai gagal mengawal motosikalnya selepas cuba mengelak daripada melanggar Amirul Afiq dan Mohd Faridzuan yang ketika itu terbaring di atas jalan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata Amirul Faiq berasal Meru, Mohd Faridzuan dari Bukit Kapar, Klang manakala Syahmie Farid Izzat tinggal di Seksyen 24, Shah Alam.

“Dua lagi mangsa iaitu Wilson Lee, 22, dan M Kalaychelven, 50, juga beralamat di Klang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Katanya, mayat semua mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

6 Responses so far.

  1. ada baca ni pagi2 lagi kat FB..ada video lagiii tapi x berani nak tengok....Al Fatihah untuk mereka yang pergi..tapi Federal Hiway ada lorong motor kan...depa tak guna ke?

  2. berita tv pagi tadi pun ada..memang ngeri..

  3. sedih...=\

    Perlu ke Free Education di Malaysia?

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/free-education-do-we-really-need-it.html

  4. mamapp says:

    budak2 motorists tu semua muda2 kan.. semoga roh mereka dirahmati allah

  5. Aminin says:

    Sedih betul... tapi yang paling kesian yang mangsa nak menolong tu...
    tapi ape pun takziah.. Al-fatihah
    Maksud Gwiyomi Dan Penyanyi Asal Lirik Lagu Gwiyomi
    Tips Cinta: Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros

  6. mamapp says:

    tu la aminin ,mama doakan mereka dikalangan org yg mati syahid

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..