Wednesday, March 13, 2013

Tentera terkorban di Lahad Datu: Alfatihah

Gambar kecil: Allahyarham Ahmad Farhan Ruslan

Gambar: Allahyarham Ahmad Hurairah



2 orang lagi terkorban ketika mempertahankan Negara.. kali ni mencatatkan kematian di kalangan tentera plak.. mama tgk muda lagi budaknye..kedua-dua tentera tu berasal dari Kelantan.. Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu. walaupun meninggal ketika menghantar makanan tetapi ia adalah utk tentera yg sedang berperang.. bagi pendapat mama, Ahmad Farhan juga adalah hero negara..  alfatihah.

p/s: teringat plak pada adik angkat mama yg juga seorang tentera.. skrg ni tgh berperang dgn sakit di HKL.. so, tak dapat nk menyertai operasi ni.. dah sebulan duk hospital. semoga beliau cepat sembuh dan cepat dpt jodoh.. korang ada sesapa tak yg tgh cari calon?? bgtau mama tau

- - - - - - - - -
KOTA BHARU: Lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara yang gugur dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah semalam.

Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail dan Koperal Ahmad Farhan Ruslan tiba dengan pesawat Charlie C-130 di lapangan terbang itu pada jam 9.55 pagi. 
 
Turut menyambut ketibaan jenazah ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Sejurus tiba, kedua-dua jenazah dibawa ke hangar untuk diberikan penghormatan sebelum dibawa dengan van jenazah ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan.

Jenazah Ahmad Hurairah akan dibawa ke rumah ibu bapanya di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang yang terletak berdekatan.

Jenazah Ahmad Farhan pula dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Tumbuh. - BERNAMA                                        
- - - - - - - - -

Lahad Datu: Seorang tentera terkorban manakala seorang cedera dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, berhampiran Kampung Tanjung Batu dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, dua pengganas Sulu turut dibunuh manakala seorang lagi dipercayai cedera tetapi dibawa lari rakannya ketika Ops Daulat memasuki hari kelapan dengan pertempuran bermula jam 7.45 pagi hingga 1.50 tengah hari.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata pasukan keselamatan menggerakkan operasi mencari dan menggeledah di Kampung Sungai Nyamuk sebelum pertempuran itu bermula.
Seorang anggota tentera kita gugur manakala seorang lagi cedera dan dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, katanya pada sidang media di FELDA Sahabat 16 dekat sini, malam tadi.

Anggota keselamatan yang terkorban dikenal pasti sebagai Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24.
Hamza berkata, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Tawau ke Pengkalan Chepa, Kelantan dan dijangka tiba pagi ini.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada sidang media di Kuala Lumpur, berkata, mangsa adalah dari Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Kukusan Tawau dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Kematian pertama tentera

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada sidang media bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin pada program lawatan Timbalan Perdana Menteri di pusat penempatan sementara penduduk di Chenderawasih, dekat sini pagi semalam berkata, pasukan keselamatan bertembung pengganas jam 7.45 pagi.

Di situ berlaku pertempuran dan musuh melarikan diri. Anggota pasukan keselamatan menjejaki musuh dan sekali lagi bertempur pada jam 10.45 pagi sebelum Prebet Ahmad Hurairah gugur, katanya.

Anggota tentera yang cedera dikenali sebagai Koperal Khairul Anuar dan dirawat di Hospital Duchess of Kent. Keadaannya dilaporkan stabil.

Kematian Allahyarham Ahmad Hurairah adalah kes pertama pasukan ATM sejak Ops Daulat dilancar 5 Mac lalu.

Senarai anggota keselamatan terkorban 

Sementara itu mengikut laporan Bernama, berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:    
  • 1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.   
  • 1 Mac 2013 -  Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.   
  • 2 Mac 2013 -  ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.   
  • 2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.   
  • 2 Mac 2013 -  Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.   
  • 2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
  • 2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.   
  • 12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.
BH

15 Responses so far.

  1. al-fatihah utk arwah yg terkorban,sebak tgk live dr MHI ni huhu :(

  2. Al Fatihah untuk Arwah...cukup sedih rasanya

  3. kematian pertama melibatkan anggota tentera...smoga roh beliau tenang disana dan dicucuri rahmat

  4. Mime MF says:

    Al-Fatihah untuk beliau...pejuang negara~

  5. mama ila says:

    Al-fatihah untuk wira2 negara

  6. semoga mereka tenang di SANA.. al fatihah..

  7. Al-Fatihah buat mereka..Semoga mereka tergolong dalam golongan yang beriman..

  8. Hanya Allah dpt mambalasa jasa kebaikan meraka. Innalillah..

  9. Eye_nee says:

    Semoga Roh mereka dicucuri rahmat Allah....

  10. Selamat di sana. Insya Allah

    http://pemudattbc.blogspot.com/2013/03/rasullullah-bila-aku-mengenangkanmu.html?

  11. InsyaAllah syahid untuk arwah...

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me