Thursday, March 28, 2013

Si Pencuri pakaian dalam ditangkap dlm cctv

Mak aii.. memalukan sungguh.. tak faham kenapa ada org perangai pelik camni..

 

MENTAKAB – Misteri kehilangan pakaian dalam wanita di Taman Rimba, di sini, terjawab apabila seorang penduduk berjaya merakam aksi seorang lelaki melakukan kecurian ketika penghuni lain nyenyak tidur.

Kejadian pada 24 Mac lalu itu dirakam kira-kira jam 4.30 pagi menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipasang seorang penduduk di jalan 2/4 taman tersebut.

Penduduk dikenali sebagai Chin berkata, ketika kejadian, dia terdengar bunyi motosikal berlegar di halaman, namun tiada sebarang kegiatan mencurigakan apabila meninjau keadaan luar rumahnya.

“Saya kemudian periksa CCTV dan terkejut melihat aksi seorang lelaki sedang memanjat pagar rumah saya serta jiran,” katanya.

Chin berkata, keesokan harinya dia mendapat tahu jirannya seorang Melayu dan Cina kehilangan tudung serta seluar dalam, lalu memaklumkan perkara tersebut kepada mereka.

Menurutnya, penduduk pernah beberapa kali kehilangan pakaian dalam, namun tidak menyangka ia dilarikan pencuri.

Chin kemudiannya membuat laporan dan menyerahkan cakera padat berhubung kejadian tersebut kepada polis untuk membantu siasatan.

"Berdasarkan rakaman tersebut, suspek dipercayai lelaki tempatan memakai kain sarung memanjat tembok atau pagar setiap rumah untuk mengambil pakaian dalam dijemur di ampaian.

“Walaupun tiada barangan berharga yang hilang, tetapi kejadian tersebut sedikit mengganggu ketenteraman penduduk,” katanya.

 

Sumber: SH

10 Responses so far.

  1. gile seks agknye..scary nye..

  2. Cheqna says:

    hehehe..ilmu apa lah yg dia tgh belajar tu... ;-)

  3. Macam2 perangai..adik diana pernh nmpk pencuri inner wear ni tengah pegang barang2 tu masa dia buka pintu nak angkat kain..mmg giler diorang..

  4. El Hardy says:

    mamat ni msti ada mslh mental ni..tak pn pengamal ilmu marang perapu kepunden paran sekeper... :)

  5. mamapp says:

    tak tau laa apa motip dia ni.. just psiko jer kot ahaha

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..