Tuesday, March 19, 2013

Permohonan Murid Darjah Satu bagi yang lahir tahun 2007 & 2008

Salam semua, korang ada tak anak yg lahir tahun 2007 atau 2008? Kalau ada jom lah kita daftarkan cepat2 budak tu ke darjah satu.. Syafi insya allah akan masuk darjah satu tahun 2015 nanti. Bila tgk permohonan dah mula dbuka maka cepat2 aku buat last week. Senang ajer.. Cuma masuk ke website http://apps.moe.gov.my/esppsel/  bagi pelajar yg nak daftar kat Selangor ni la yek..

 

Kat situ kena pilih dulu daerah sekolah yg kita nak pohon tu. Pastikan dulu daerah mana sekolah nak kita nak pohon tu ye.. sebab ada nama daerah tu macam pelik ajer.. mcm shah alam ni terletak di daerah petaling perdana. Kan ke pelik tu.. Pastu isikan data2 peribadi anak.

 

Last sekali, lepas abis isi data, akan ada list perkara yg perlu dibawa ke sekolah bagi pengesahan permohonan kita. Antara salinan yg kena bawa adalah spt di bawah. Jangan lupa print out permohonan kita tadi dan bawa ke sekolah nanti.

 

Barang yg perlu dibawa:

1.       Sijil Lahir / Borang W / Sijil Anak Angkat

2.       Bil Utiliti (Bil elektrik TNB / Air sahaja)

3.       Kad pengenalan Ibu bapa / penjaga

4.       Surat Nikah / Surat daftar Perkahwinan / Surat cerai (jika berkaitan)

5.       Surat Hak penjagaan / perintah mahkamah (jika berkaitan)

6.       Laporan doktor & kad OKU (jika berkaitan)

 

Kesemuanya kena bawa yg asal dan salinan kecuali no 4 bawa salinan ajer, dan no 5 bawa yg ori sahaja.

 

Mama pipie dah buat semua ni cuma lum pergi sekolah je lagi.. korang cepat2 mohon yer.. kalau tak silap tarikh tutup permohonan sehingga april nanti

2 Responses so far.

  1. Nurhayati says:

    blom register lagi.
    masih pikir nak sekolahkan zara kat mana.
    daddy dia skang dok riki sekolah terbaik hihi

  2. baru jer daftar tuk alif saujana impian, kajang..sesi 2015.. selamat bersekolah yea syafi..mane tau kot2 terjumpa kt ipta nti..huhuhuu

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors