No title

Mama sedih betul baca ttg pencerobohan di lahad datu dan terbaru serangan di sempoarna.. mama tak suka perang2 mcm ni..cepat2 lah kumpulan pengganas tu ditumpaskan.. marilah kita berdoa bersama2.. dan sedekahkanlah alfatihah buat mereka yg terkorban.. kerana mereka mati demi negara.. mama doakan juga keselamatan anngota polis, tentera dan komando yang bertugas di sana.. sebagai seorg anak tentera.. pernah gak mama merasa ayah masuk ke hutan memerangi komunis yg tinggal saki baki di Pahang dulu.. siapa yg tak risau kalau suami atau ahli keluarga bertugas di sana waktu ni..

Serang hendap di Semporna: 19 anggota PDRM terperangkap dikeluarkan
Lahad Datu: Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, malam kelmarin. Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.

 

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.


Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Korban meningkat

Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.


PDRM ucap takziah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dalam sidang medianya petang semalam, berkata operasi berakhir jam 7 petang dan polis menghubungi keluarga mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada orang awam dan media.

“Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban,” katanya.

Katanya, enam mayat yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan musuh.

Ismail berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan polis ke Simunul bagi menjalankan siasatan susulan maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. slm sis tulah mmg risau jg kslmtn anggota pertahanan msia dan jg pddk di sana.smga semua ini berakhir scra baik.

    ReplyDelete
  2. saya membaca berita dari internet,sedih bila ini terjadi...namun demikian berdoa agar semuanya selamat dan cepat berakhir..

    ReplyDelete
  3. kita doakan semoga aman kembali..

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  4. takut dan sedih. lagi sedih bila ada pihak yang politikkan isu ini dan ada yang mempermainkan perjuangan pegawai dan anggota keselamatan yang terkorban.

    ReplyDelete
  5. sama2lah kita berdoa dmi keamanan negara...aamiin

    ReplyDelete
  6. didoakan kematian syahid untuk mereka yang meperjuangkan kedaulatan negara.. amin..

    ReplyDelete
  7. tu la.. sama2 kita doakan utk keselamatan negara kita.. jgn putus asa berdoa.. sedekahkan alfatihah utk semua.. alfatihah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post