Saturday, March 30, 2013

Keseronokan main ‘masak-masak’ tukar tragedi

Muhammad Arsyad ketika terlantar di HRPZ II, semalam.

 

KOTA BHARU - Keseronokan tiga beradik bermain 'masak-masak' bertukar tragedi apabila serbuk warna ungu kristal yang disangka pasir tidak berbahaya itu adalah sejenis racun rumput dan serangga.

Kejadian yang berlaku di Kampung Berangan, Tumpat tersebut menyebabkan Muhammad Aiman Mat Haluwi, 7, Muhammad Arsyad, 6, dan Nur Amanina,5, mengalami muntah-muntah dan lemah tubuh badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superitendan Sharifuddin Yusof berkata, kejadian tersebut disedari oleh ibu mangsa, Siti Fatimah Yaacob, 36, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

"Sebaik sahaja melihat perubahan kepada tiga beradik tersebut, ibu dan bapa mangsa membawa mereka ke Hospital Kelaboran untuk rawatan pada jam 7.30 malam.

Mereka kemudian dirujuk kepada Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) pada jam 9.30 malam untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian bapa mangsa, Mohd Mat Haluwi Yusof, 49, bekerja sebagai buruh binaan tidak berada di rumah manakala ibu, Siti Fatimah menjaga kedai runcit miliknya di hadapan rumah tersebut.

Beliau berkata, ketiga beradik tersebut yang dipercayai terhidu racun jenis 'faradon' itu kini berada dalam keadaan stabil, dan sudah boleh bercakap serta minum dengan baik.

Sharifuddin berkata, racun tersebut disimpan di stor belakang rumah dalam keadaan terdedah di mana bapa mangsa merupakan petani sambilan.

"Racun tersebut didakwa digunakan untuk membunuh rumput atau serangga dalam tanah dengan kegunaan ditanam ke dalam tanah.

"Semasa kejadian faradon disimpan dalam beg plastik lusuh dan berbentuk serbuk warna ungu kristal," katanya.

Beliau berkata, menurut pegawai perubatan HRPZ II, kesan daripada menghidu racun tersebut boleh menyebabkan mangsa merasa pening dan muntah-muntah.

Sementara itu, abang mangsa Amirul Mat Haluwi, 19, berkata ketiga-tiga adiknya itu terhidu bahan berkenaan selepas dipercayai bermain ``masak-masak`berhampiran rumah padi yang terletak di belakang rumah mereka.

"Racun berkenaan sudah lama dan plastiknya pecah. Ketiga-tiga adik saya ambil bahan tersebut yang dianggap sebagai pasir dan dijadikan sebagai permainan. Mereka kemudian mengalami pening dan muntah-muntah sebelum ibu dan ayah membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini, semalam.

 

SH

3 Responses so far.

  1. satu tragedi kan... budak2 sekarang pun terlebih advance sangat

  2. alahai knapa letak merata2..huhu

  3. mamapp says:

    tu la.. kita ni sentiasalah beringat.. jadikan pengajaran

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..