Saturday, March 2, 2013

Berakhlak mulia sesama rakan setugas

Setinggi dan seindah manapun bangunan pejabat kita, ia tidak dapat menjamin indahnya suasana hubungan di kalangan warga kerja jika ada yang saling menyimpan perasaan buruk dan berprasangka antara satu sama lain. 

 

Prasangka buruk adalah sikap dan perilaku yang mengandungi dorongan negatif terhadap seseorang kerana ia biasanya wujud tanpa asas atau bukti sahih terhadap objek prasangka. Ia boleh menjadi lintasan, malah bertapak dalam hati sesiapa saja. 

 

Perasaan itu sama ada tersimpan mahupun dijelmakan dalam tingkah laku, prasangka boleh menjadi ibarat racun dalam hubungan dan komunikasi antara warga di tempat kerja. Hubungan berasaskan prasangka akan kaku, keruh serta tiada kejujuran. 

Pelbagai gambaran dinyatakan dalam pepatah Melayu seperti gunting dalam lipatan, telunjuk lurus kelingking berkait dan talam dua muka berkait rapat dengan prasangka. Ia menjejaskan gelagat kerja berteraskan kasih sayang, hormat menghormati dan muafakat serta menyebabkan permusuhan.

Sikap prasangka ditegah dalam Islam. Firman Allah SWT: “Wahai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa.” (Surah al-Hujurat, ayat 12) 

Imam al-Tabari dalam Jami’ al-Bayan fi tafsir al-Quran mengatakan, Allah SWT melarang menghampiri sikap bersangka buruk terhadap orang mukmin yang tidak berdasarkan kebenaran jelas dan diyakini. 
Hindar keburukan

Sebaliknya suruhan dalam Islam adalah bersangka baik, menyeru kepada kebaikan dan menghindarkan keburukan. 

Firman Allah SWT: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah SWT.” (Surah Ali-Imran, ayat 110) 

Sabda Rasulullah SAW: “Hati-hatilah kamu sekalian daripada zan (bersangka buruk) kerana zan itu adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu mendengar ucapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka.

Janganlah kamu mencari-cari cela orang lain. Jangan kamu berlumba-lumba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kamu saling hasad, saling benci dan saling membelakangi. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara seperti mana yang Dia perintahkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Justeru, prasangka buruk perlu diubah menjadi prasangka baik. Salah satu nilai akhlak pekerja yang mulia adalah berprasangka baik. Dengan cara kita menilai apa yang zahir dengan baik dan menyerahkan penilaian yang tersembunyi dan secara batin kepada hak Allah. 

Al-Imam Al-Qurtubi mengatakan, prasangka buruk terhadap orang yang zahirnya baik tidak dibolehkan. Sebaliknya, tidak berdosa jika ada lintasan hati terhadap individu yang zahirnya bersikap dan diketahui berperibadi buruk.

Bagi mewujudkan gelagat kerja yang harmoni dalam organisasi, setiap pekerja perlulah mempunyai kesedaran mengenai perilaku dan sikap negatif yang ditegah dalam Islam kerana selain ia merosakkan hubungan murni sesama rakan ia mengundang kemurkaan Allah SWT. 

Pendedahan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara antaranya melalui aktiviti latihan atau ceramah dan bagi penjawat awam, modul penerapan nilai Islam serta Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam. 

Kedua, nasihat dan teguran daripada rakan untuk mengelakkan hubungan berasaskan prasangka buruk menjadi budaya. Sabda Rasulullah: “Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan dan jika tidak mampu maka ubahlah dengan lidah dan jika tidak mampu maka hendaklah dia membenci dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)

Tidak mudah terpedaya
Ketiga, menahan diri supaya tidak mudah terpedaya dengan perihal yang disangkakan atau terburu-buru dalam perilaku. Keempat, mendapatkan kepastian, keterangan atau bukti. 

Firman Allah SWT: “Wahai orang yang beriman, jika orang fasik membawa berita kepadamu maka periksalah.” (Surah al-Hujurat, ayat 6) 

Kelima, menjalankan aktiviti silaturahim secara berterusan sama ada oleh individu mahupun yang dianjurkan organisasi untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan warga organisasi. Tanpa kesatuan hati tidak mungkin kesatuan matlamat dan misi dapat didukung bersama oleh warganya. 

Kegagalan membangunkan sikap berasaskan akhlak mulia dalam kalangan warga organisasi bererti organisasi itu gagal untuk dibangunkan. Justeru, marilah kita memperbaiki hubungan dengan mengikis sikap berprasangka serta memupuk sikap saling bersangka baik dan jujur terhadap rakan, majikan, bermula daripada diri sendiri.

Penulis ialah Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam UM

 

 

3 Responses so far.

  1. sy prnah keje dlm sitausi yg mcm ni...byk sgt prasangak...penat nk layan...huhu :/

  2. Mia Liana says:

    peringatan yang bagus untuk kita semua..

  3. mamapp says:

    thanks yer harith and mia sudi baca.. mmg keadaan mcm ni ada di mana2 kita tak dpt lari darinya.. cuma kita kena pandai bawa diri dan pandai bezakan yg baik dan buruk.. tu jer

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me