Thursday, March 21, 2013

Bayi perempuan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh ketika pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia

Alahai kesiannyer. Mama memang ngeri dengan bilah helicopter ni sejak terbaca peristiwa orang meninggal terkena bilah helikopter. Alfatihah..

-------

SEREMBAN: Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam tadi.

Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, bayi terbabit dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis ‘field turf’ bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.

Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.

Saksi kejadian Abdul Latif Salim, 58, berkata bayi itu sedang nyenyak tidur di bahu bapanya sebelum helikopter itu menjunam dan bilah kipasnya membelah kepala bayi berkenaan selain turut mencederakan kepala bapanya.

“Saya amat terkejut kerana darah terpercik ke bahu saya sejurus sebelum bapa bayi itu rebah ke padang bersama anaknya.

“Keadaan anaknya begitu parah dengan kulit kepala tercabut hingga nampak tengkorak," katanya.

Menurutnya, bapa bayi berkenaan berlari sambil memangku anaknya menuju van Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mereka dihantar ke hospital.

Berikutan kejadian, Mohamad turut berkunjung ke Hospital Tuanku Jaafar kira-kira 11 malam tadi, bagi menemui bapa mangsa yang bekerja di bahagian akaun di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kini sedang dirawat dan menerima jahitan di kepala akibat kecederaan dialaminya.

Padang bola sepak menggunakan rumput tiruan yang akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) itu mula dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mac lalu.

Sumber: HMetro

11 Responses so far.

  1. takziah...al-fatihah...

  2. Ya Allah Ya Rabbi, macam mana leh craeless dorang nie? isk isk isk, Qada Qadar Allah Taala.

    Santai iskandarX

  3. abg cik says:

    itu pasal malas nak pergi tempat ramai orang tu , pengalaman pertama saya pergi jom heboh , memang sakit kepala , anak saya hilang dalam ramai orang tu , masib baik jumpa balik , entri baru saya Punca sakit kepala

  4. LYAfrina says:

    ada baca kat HMetro td..
    kesiannya

  5. Hans says:

    kesian bayi tu
    al-fatihah

  6. Seri says:

    benda ni memang merbahaya...sepatutnya waktu malam tak boleh main...tahun lalu pon ada seorang meninggal kena langgar dek kapalterbang kontrol..

  7. alfatihah..moga pada masa2 mendatang kejadian seperti ini tidak berulang kembali..

  8. ms.antz says:

    adeh! tak sanggup nak baca... huhuhu... al-fatihah...
    http://www.zahidahwahid.com/2013/03/q-gentleman-vs-romantic/

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors