Monday, February 18, 2013

Sanggup tetak saudara kembar sendiri kerana nasi goreng yg dimasak pedas?

Salam isnin kepada u ol semua.. arini mama terbaca di harian metro ttg seorg lelaki yg sanggup tetak saudara kembarnye sendiri kerana nasi goreng yg dimasak pedas. Uish.. macam tak percaya ajer.. bila baca punye baca rupanya dibawah pengaruh alcohol.. oo patut lah.. sebab tu lah Allah tak bagi kita minum alcohol ni.. bila dah hilang kewarasan dek air syaitan tu mmg laa kita akan bertindak seperti org gila. Byk dah berita ttg perkara2 ngeri /bunuh2 ni yg melibatkan org yg tgh mabuk. aee ngerinya.. kalau nk tau ceritanya meh baca mama copy dr harian metro online..

---------

Akibat berang nasi goreng dimakannya terlalu pedas, seorang lelaki dipercayai tergamak menetak saudara kembarnya sendiri menggunakan sabit dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tebong, Kuala Sungga di sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, mangsa, B Vellakumar, 28, yang memasak nasi goreng parah di kepala dan badan akibat ditetak lelaki berusia 28 tahun itu.

Ketika kejadian, mangsa sedang memasak nasi goreng untuk makan malam di dapur sebelum suspek dikatakan datang menjamah nasi berkenaan.

Dakwa Vellakumar yang juga tukang paip, saudara kembarnya yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu masuk ke dapur dan memberitahu perutnya lapar lalu mengambil pinggan sambil bersiul.

“Sebaik selesai masak, dia (suspek) datang ke dapur mengambil pinggan lalu mencedok nasi goreng itu sebelum terdengar dia merungut di luar rumah dan mendakwa nasi berkenaan terlalu pedas.

“Saya bagaimanapun tidak mengendahkannya dan terus menuju ke ruang tamu sambil bersembang dengan abang ipar berusia 27 tahun yang sedang berehat.

“Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba menjerit kuat memaklumkan nasi dimasak pedas dan saya terus ke arahnya sambil berkata ‘kalau tak nak pedas, masak sendiri,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurutnya, suspek yang berang kemudian meluru ke arahnya lalu melibas sabit tepat mengenai kanan kepala selain pipi kiri dan bahu kanannya.

“Belum sempat memalingkan muka ke belakang, dia datang melibas sabit dan menetak di kepala hingga menyebabkan mata berpinar melihat darah mengalir dan gagal mengawal keseimbangan badan.

“Sambil menekup kepala yang cedera, dia dilihat mencampakkan sabit itu di sekitar rumah sebelum melarikan diri meninggalkan saya terbaring menahan kesakitan,” katanya.

Vellakumar berkata, abang iparnya kemudian datang memapah dirinya masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital sebelum pengsan ketika dalam perjalanan.

“Abang ipar yang panik kemudian menghubungi talian kecemasan sebelum ambulans tiba dan membawa saya ke Hospital Tampin sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaffar Seremban (HTJS),” katanya yang kesal dengan tindakan saudara kembarnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi berkata, suspek yang bersenjatakan sabit dipercayai menetak mangsa bertubi-tubi sebelum melarikan diri.

“Polis sedang memburu suspek yang dipercayai masih bersembunyi di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

7 Responses so far.

  1. trah zain says:

    haish,, mcm2 boleh jadikan lau minum alkohol,, thats why la Islam ni agama yg perfect.. moga semua umat Islam pandai jaga dan kawal iman..huhu

  2. arrrgghhh...takutnya. sanggup lak tue. kembar sendiri lak tue.

  3. ishh ishh . ape2 je kan . takut tengok orang macam ni

  4. Macam ni pun ada? Kembar sendiri pun sanggup tetak..kalau orang lain tak tahulah...

  5. alahai ngerinyaaaa lah tengok. tak kan lah barang sampai nak tetak saudara sendiri. dasyat oi!!!

  6. Wah alkohol memang selalu menjadi biang masalah. makanya ayo jauhi narkoba, alkohol dan seks bebas :)

  7. mamapp says:

    mmg betul semuanya.. kalau ikutkan mmg byk keburukannya.. mama doakan semua yg datang ke blog mama tak minum alkohol even non muslim.. mmg tak elok

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..