Thursday, February 21, 2013

Peracun Beruang & Kuda di Zoo Melaka ditangkap

Mama tak sampai ati bila baca ttg beruang dan kuda yg diracun di Zoo Melaka beberapa hari lepas.. bila en hubby cerita 2 hari lepas pun mama buat derk jer.. kesian sgt2.. bukannya binatang tu berdosa pun. Terdahulu ttg sekumpulan gajah yg juga diracun.. kesian sgt2.. Tp Alhamdulillah dah tertangkap pun penzalim binatang itu. . untung la org yg dpt ganjaran RM10,000 tu kan..

------

Melaka: Kes seekor beruang betina dan kuda jantan di Zoo Melaka yang ditemui mati dipercayai diberi makanan beracun oleh pihak tidak bertanggungjawab dianggap selesai dengan tertangkapnya seorang warga emas, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki berusia 65 tahun itu yang juga seorang peniaga ditahan di rumahnya di sebuah taman perumahan di Kulai, Johor jam 1 pagi.

“Serbuan dilakukan pasukan khas juga merampas pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser dan barangan yang mempunyai kaitan dengan perbuatan jenayah dilakukan suspek.

“Dalam siasatan awal yang dilakukan, suspek mengaku melakukan perbuatan itu namun motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Raja Shahrom mengesahkan suspek bukan pekerja Zoo Melaka sebaliknya dipercayai datang ke tempat pelancongan berkenaan untuk melakukan jenayah itu.

Katanya, suspek ditahan selepas hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan zoo itu menunjukkan lelaki terbabit berada dalam keadaan mencurigakan sebelum polis mengesannya.

“Suspek kini ditahan reman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam merakamkan ucapan tahniah kepada polis kerana menangkap suspek yang disyaki meracun kedua-dua haiwan itu.

“Saya harap pihak terbabit dikenakan hukuman sewajarnya mengikut undang-undang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain.

“Pihak yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya lelaki itu diberikan ganjaran RM10,000. Kami akan dapatkan laporan polis mengenai pemberi maklumat ini dan namanya dirahsiakan,” katanya.

Akhbar ini Selasa lalu melaporkan seekor beruang betina dan kuda jantan di Zoo Melaka ditemui mati dipercayai diberi makanan beracun pihak tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, beruang Matahari atau nama saintifiknya, Helarctos Malayanus berusia 14 hingga 16 tahun ditemui mati jam 5 petang Ahad, lalu.

Sementara itu, kuda jenis Arab berusia 17 tahun itu pula ditemui mati seorang petugas pada jam 7 pagi, Isnin.

7 Responses so far.

  1. Kesian je buat mcm tu kat haiwan.. T________________T

  2. Rozita says:

    manusia yang mempunyai sifat kebinatangan.. huh!

  3. Apa la salah haiwan sampai diracun..

  4. sura says:

    sampai hati diarang buat camni..apa yg haiwan tu buat kt diarang..eloknya diarang yg jd binatang..geram ngan spesis manusia cam ni..

  5. mmm kan dh kene.xde keje cari keje ishh

  6. mamapp says:

    tu laa.. mama pn x setuju dgn tindakan kejam camni.. mama ni dah ler pet lover

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Click me

Top Commentor

Make your own

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 160,006 & 160,066 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi slot ad free dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

Click me