Masalah Kencing Kotor, Punca serta Kaedah Pencegahan

Masalah Kencing Kotor, Punca serta Kaedah Pencegahan. Dengar macam biasa aje masalah kencing kotor tapi bagi yang pernah menghadapinya tentulah tau macam mana rasa menahan kesakitan akibat kencing kotor ni kan. Biasanya ibu mengandung selalu hadapi masalah ini. Dalam kesibukan nak buat persediaan balik kampung mlm ni, mama sempat cari satu artikel nak masukkan dalam umah.. utk general knowledge ni bagus.. Jom kita baca tentang Masalah Kencing Kotor, Punca serta Kaedah Pencegahan..



Tempoh berpantang selepas bersalin merupakan satu masa yang sungguh penting untuk ibu dan bayi yang baru lahir, tetapi ia satu aspek yang kurang diberi perhatian berbanding semasa kehamilan dan semasa bersalin. Masalah jangkitan selepas bersalin adalah satu hal yang boleh berlaku di mana jangkitan boleh melibatkan paru-paru, rahim, saluran kencing atau buah pinggang, luka bersalin sama ada luka pembedahan atau luka koyakan pada faraj, jangkitan pada betis/kaki dan juga jangkitan pada payu dara. Wanita yang baru lepas bersalin lebih mudah untuk mendapat masalah kencing kotor dan ia adalah antara penyebab sakit dan demam selepas bersalin.


Menurut Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Barakah, Dr. Khairiah Seman, kencing kotor bermaksud jangkitan kuman pada sistem saluran kencing termasuk buah pinggang. Kebanyakan kencing kotor adalah jangkitan kuman pada pundi kencing (cystitis), dan jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis).  “Bila seseorang itu mendapat masalah ini, biasanya dia akan mengalami rasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil, kerap kali kencing dan kencing yang tidak lawas.  Jika jangkitan sudahmerebak ke buah pinggang seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala boleh rasa loya dan muntah-muntah,” demikian terang Dr.Khairiah.


Secara umumnya wanita lebih senang dijangkiti masalah kencing kotor berbanding lelaki kerana saluran air kencing mereka lebih pendek. Manakala, wanita hamil dan wanita yang baru lepas bersalin lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah ini. Lebih kurang lima peratus wanita selepas bersalin mengalami masalah ini dan ia lebih tinggi sekiranya seseorang itu ada kateter iaitu air kencing dikeluarkan melalui tiub.


Masalah jangkitan kencing kotor adalah masalah jangkitan kuman terutamanya bakteria jenis Escherichia coli. Jadi rawatannya adalah dengan mengambil antibiotik untuk membunuh kuman tersebut Dalam masa yang sama, ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat untuk melawaskan kencing boleh diambil. Tidak kurang penting juga seseorang itu mesti minum banyak air. Jika seseorang itu kerap mendapat masalah kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing perlu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan saluran kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram(IVU). Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.


Pencegahan masalah kencing kotor

  •  Masalah kencing kotor boleh dicegah dengan memastikan minum air yang cukup dan jangan menahan kencing iaitu bila ada rasa untuk kencing terus pergi kencing.
  • Air minuman membantu mencairkan air kencing anda dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap - membenarkan bacteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
  • Dalam masa yang sama,terutamanya untuk ibu-ibu  yang baru lepas bersalin, pastikan kebersihan bahagian kemaluan/perineum dijaga dengan sempurna.

  • Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang. Berbuat demikian selepas membuang air kecil dan selepas pergerakan usus membantu mencegah bacteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.

  • Kosongkan pundi kencing anda sejurus selepas persetubuhan. Juga, minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.

  • Elakkan produk feminine yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin, seperti douches dan serbuk, di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.

P/S: tolong sapu2 sket habuk kt blog ni ye sementara mama bercuti panjang ni. Selamat bercuti semua!!

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

45 Comments

Words of wisdom

  1. penah kna ni. sakit dia. fuuhh. huhu.doktor marah suruh minum bnyk air :P

    ReplyDelete
  2. wah mama... Am pun ada gak buat kajian ttng kecing kotor nie...
    sbenarnya kecing kotor nie terjadi coz dalam air kencing kita ada protein.. bahaya tu..bermaksud penapis buah pinggang kite kurang normal...
    kesan2 bila dah terjadi...yang terkena pasti akan rasa lengguh pada bahagian pinggang atau pinggul... Am suka buat kajian tapi xsempat nak menaip dlm blog hehehe... btw... nice info... tq mama

    ReplyDelete
  3. Langkah berjaga2x perlu diambil nie...
    thanks for da Info..

    ReplyDelete
  4. amalkan minum air kosong suam lebih :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh ..baru tahu nie ..thanks infomasinya mama

    ReplyDelete
  6. thanks ye sudi baca info mama ni.. Thanks juga sudi share pengalaman

    ReplyDelete
  7. tahan kencing bahaya...info yang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy selalu kena kencing xlawas ni....setiap bulan mesti kena....sakitnyer jgn ckp la.....

      Delete
    2. sy selalu kena kencing xlawas ni....setiap bulan mesti kena....sakitnyer jgn ckp la.....

      Delete
  8. jgn sesekali menahan kencing..kemungkinan bukan sahaja boleh menjadi kencing kotor malah boleh menyebabkan buah pinggang anda rosak..klu rasa nak kencing terus pergi buang...

    ReplyDelete
  9. thanks ye noor liyana.. mmg patut jaga dr sekarang kan

    ReplyDelete
  10. Assalam..good info...saya baru je juga share psl sakit ni kat blog saya..saya sendiri baru mengalaminya ahad baru ni dan sakitnya mak ai mmg sgt2 sakit..

    ReplyDelete
  11. uish.. mama tak penah kena tp mama ada dengar mmg sakit.. semoga nozi cepat sihat ye

    ReplyDelete
  12. alamak sy sdg mengalami sakit pinggan y tiba2.. adakah petanda kencing kotor? takut la plak

    ReplyDelete
  13. tu salah satu simpton je saidah.. sakit pinggang ni ada byk punca.. kalau duduk posterior tak betul pun boleh jadi.. dan kalau angat benda2 berat pun boleh jadi gak.. tp kalau nk pastikan jumpa doktor yer

    ReplyDelete
  14. Sy pnh kna pkai tiub kencing slama 15hr huhu lepas bersalin ank pertama dlu.sedih sgt..1mgu 1x ulang alik h.pjaya tka tiub.last skali smpai kua drh br la bole kencing.nape ek jd cmtu? Ke sbb rahim sy dh jatoh sgt n rahim kembang itu antara penyebab kot sy tnye Dr diorang pun xtau sbb yg sbnrnya huhu

    ReplyDelete
  15. kesiannyer.. tp pelik plak sampai doktor pun tak tau. ada masalah rahim ke lepas bersalin tu?. mungkin ada infection kot.. hee tp mama ni bukan doktor ye.. pendangan peribadi je.. tak dpt mama bayangkan kalau dah 15 hari tu lama ye.. skrg dh ok ke?

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang sangat menarik. Pernah mengalaminya semasa mengandung kali ke2.. memang risau sangat waktu tu..

    Syukur sangat, bila masalah tu settle dalam 2 minggu je.. :)

    ReplyDelete
  17. Salam sya baru kena 3 hari ni adoi sakit Allah jer yg tahu...

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Baru2 nie sy da alaminye...mmg sakit bile nk kencing...thanx share cara2 nk cegah..

    ReplyDelete
  20. Saya pernah kena,memang menyakitkan..tapi terima kasih sebab Info!

    ReplyDelete
  21. Saya pernah kena,memang menyakitkan..tapi terima kasih sebab Info!

    ReplyDelete
  22. Sy tgh alami skrg.. Sgt sakit.. Perlu ke clinic jgk ke or boleh rawatan sendiri.. Klu nk buang air mmg x tahan sakit dye. Rasa nk nangis.. Try search nape sakit bile nk buang air, ini punca nye. Kencing kotor..:-(

    ReplyDelete
  23. Info yang menarik. Terima kasih untuk perkongsian. :)

    ReplyDelete
  24. Info yang menarik. Terima kasih untuk perkongsian. Jemput ke blog saya http://vitamincerdik.blogspot.com/search/label/set%20berpantang

    ReplyDelete
  25. Terima kasih atas info yg menarik dan membantu ini yer..

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah.. artikel ni nampaknye mmg byk membantu org yg tgh search ttg kencing kotor.. terima kasih yer sudi singgah

    ReplyDelete
  27. perkongsian yang sangat menarik. :)

    ReplyDelete
  28. Time kasih mama....Diana pun tgh study psl kencing Kotor ni. My bbsiter suspected. Tlg die carikan info.

    ReplyDelete
  29. thanks diana sudi singgah. semoga maid cpt sihat. untungnye dpt majikan cam diana ni

    ReplyDelete
  30. terima kasih atas perkongsian.. pernah kena juga.. sakit tu susa nak cakap cmna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sakit sangat2 ye. Kesiannya siap Yang mengalami. Semoga semua sihat2 ye

      Delete
  31. Air kosong tu penting. Banyak info miza dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq miza sudi dtg Dan baca. Utk tambah ilmu sama2

      Delete
  32. penyakit ini biasanya di kalangan wanita sebabnya ialah uretra dia pendek berbading lelaki. Lagi satu, ramai kaum wanita tak suka minum air banyak, sebab tak larat nak berulang alik ke tandas. Kesannya, ada yang 'ter...' masa terbatuk atau terbersin.

    Bila urin terpercik di underware, ia akan mengundang pengumpulan bakteria.dan akhirnya berlaku maslah UTI atau 'urinary tract ivnfection' atau lebih mesra dipanggil KENCING KOTOR'
    Wassalam.. itu je yang saya tahu.. Moga bermanafaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq usry.. banyak ilmu mama belajar Dari Komen usry juga

      Delete
  33. secara tak langsung ini kelebihan banyakkan minum air kosong..
    yang disarankan 8 gelas sehari tu..sisa buangan dalam pundi kencing kena selalu flush..risau jadi tempat kuman bertendang

    ReplyDelete
Previous Post Next Post