Tuesday, February 26, 2013

3 maut, 15 cedera bas ekspres terbabas dekat Bukit Tagar

Lagi kemalangan maut melibatkan bas.. huhu kenapalah sekarang ni byk sgt kemalangan melibatkan bas.. Alfatihah kepada 3 mangsa yang maut dalam kemalangan ni..

------

 

Tiga maut dan seorang parah apabila sebuah bas ekspres yang membawa 16 penumpang terbabas dan melanggar besi pembahagi lebuh raya di Kilometer 420 Lebuh Raya Utara Selatan, arah Ipoh, jam 3.10 pagi tadi.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, bas yang dalam perjalanan daripada Skudai, Johor ke Sungai Nibong, Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan berdekatan susur keluar Plaza Tol Bukit Tagar sebelum terbabit dalam kemalangan ngeri itu.

 

“Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan yang dipercayai dipandu laju dan melanggar besi pembahagi jalan lalu menembusi ruang dalam bas.

“Kejadian itu mengakibatkan tiga orang penumpang meninggal dunia di mana dua daripadanya lelaki dan seorang perempuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

 

Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Zamri Abd Rani, 42, yang berasal daripada Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang, Kedah dan Mohd Ainul Fauzi Mohd Aman, 25, daripada Simpang Renggam, Johor, manakala mangsa wanita dikenal pasti sebagai Intan Berliana Hutagalung, 34, berasal dari Bandung, Indonesia.

 

Menurutnya, semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat namun sehingga petang semalam belum ada waris yang datang menuntut jenazah mangsa.

Sementara itu, katanya pemandu bas yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan manakala 13 penumpang lain sebahagiannya hanya mengalami cedera ringan.

Tambah beliau, keadaan jalan di lokasi kejadian sedikit berselekoh namun cuaca baik ketika kejadian berlaku.

 

Katanya, siasatan dijalankan oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Maszaliza Ibrahim di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Dalam pada itu, Komander Operasi, Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Shamsul Majidi Hassan berkata, dua penumpang bas yang maut tersepit di tempat duduk penumpang akibat terkena besi pembahagi lebuh raya yang menembusi ruang dalam bas, manakala seorang lagi tercampak keluar melalui cermin depan.

 

“Anggota bomba terpaksa merenggangkan kedudukan besi yang menyekat dua mangsa di dalam bas sebelum dibawa keluar.

“Kedua-dua mangsa ini duduk berdekatan iaitu depan dan belakang,” katanya.

8 Responses so far.

  1. ada org share kat FB..sian kan..yang betul betul kena besi tuh....Masyaallah....

  2. Ya Allah hai.. makin takut nak naik bas express.. tapi betul laa, kalau tgk kat hiway ni, kemain laju je bas ni tak ingt nyawa orang.

  3. Rozita says:

    ada tengok berita semalam..al fatihah buat yang meninggal..

  4. al-fatihah untuk mangsa

  5. tu la risau jugak naik bas ekspress. Sebab diorang kdg2 bwk laju sgt sebab nak dapatkan trip lebih.

  6. bunda ada tengok kat berita...ngeriii..

  7. mamapp says:

    kebanyakan yg eksiden ni disebabkan pemandu mengantuk termasuklah kes ni. dah ler ngantuk, bawa laju plak.. so, kalau ada apa2 terjadi dah tak boleh kawal bas dah..

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors