Tuesday, October 2, 2012

Subhanallah.. Fenomena Halo Matahari berlaku hari ni

Salam semua, korang perasan tak harini matahari kelihatan berlainan sekali.. Sekeliling matahari tu ada lingkaran seperti pelangi.. Subhanallah.. Maha suci allah..
Gambar di atas diambil pada pukul 1 tadi.. 

Rupanya fenomena ini dinamakan "HALO MATAHARI"..

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui ttg Halo Matahari, berikut adalah Sedikit info dari Wikipedia:

Fenomena halo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 
 
Paparan halo kompleks pada matahari

Teori kewujudan holo daripada sudut sains.
Fenomena halo (bahasa Greek: ἅλως) adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Di bahagian Eropah dan sebahagian daripada AS sering berlaku dan boleh dilihat dalam lingkungan dua kali seminggu. Pernah gempar di utara Semenanjung Malaysia apabila fenomena ini berlaku antara pukul 2.15 petang hingga 2.40 petang, 6 Ogos 2007 yang lalu.

Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi.

Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia). Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas semua kristal tersebut.

Radius 22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul. Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.

Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo. Sembunyikan matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya mengunakan kamera SLR.

8 Responses so far.

  1. shiyda says:

    a'ah la ! dah tgk td . subhanallah !

  2. Akak tak dpt tgk sebab ada dlm off masa tu

  3. Rozita says:

    x leh tengok jugak adak..kat sini hujan..tapi nasib baik ko ambik gambar! menarik!

  4. Yup.. Sye dh tgok dan mengambil dua keping gambar matahari semalam!!!

  5. mamapp says:

    alhamdulillah dapat tgk.. kalau tak dpt tgk boleh tgk gambo ni tp guna camera hp cikai aje so kualiti kureng sket.. tp kalau tgk betul2 kan ada bulatan putih dan merah kat situ.. dlm video boleh nampak bulatan tu bergerak2..

    ada sesapa bleh explain tak apa mende tu

  6. Bagi saya 'halo' means bad weather is coming
    or some bad is going to happen caused by nature.

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..