Thursday, April 12, 2012

Panduan membeli pakaian bayi yang bakal lahir

Jangan marah aa.. ni aku selitkan gambo syafi masa kecik dgn salah satu hadiah baju yg dia dpt.. hihii.. teringat zaman dolu2 masa shopping baju baby. Teruja sgt. Macam2 pattern ada kan.. Rambang mata dibuatnya bila melihat pelbagai fesyen dan aksesori buat utk baby ni. Kalau diikutkan hati, rasa cam nak beli semua je tapi nak wat camne kan.. bajet perlu dijaga gak. Ni aku masukkan antara kriteria2 yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli keperluan bayi yang bakal lahir:


1. Keselesaan

Faktor keselesaan perlu diberi keutamaan. Walau secantik mana pun baju yang di pilih untuk baby, apa yang paling penting ialah kita harus fikirkan adakah baby akan selesa dengan baju tersebut? Jadi, perhatikan rekaan pakaian tersebut. Pastikan pakaian tersebut longgar (tidak terlalu ketat), fabric lembut (bagi mengelakkan rasa gatal) dan bukaan leher yang selesa (tidak sempit). Faktor musim juga harus dititik beratkan juga agar baby selesa iaitu tidak kepanasan atau kesejukan.

 

2. Mudah

Mudah tu maksudnya di sini ialah pastikan baju yang dibeli mudah untuk dibuka atau dipakaikan kepada baby. Sebab kita perlu kerap menukar lampin, jadi ciri-ciri pakaian yang lebih mudah serta praktikal sangat digalakkan dalam memberikan keselesaan kepada baby sekali gus turut memudahkan diri sang ibu jugak.

 

3. Kesesuaian saiz

Pastikan pakaian yang bakal dibeli tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar untuk baby. Bagaimanapun, adalah digalakkan membeli pakaian yang saiznya satu tahap lebih besar berbanding umur bayi. Contohnya bagi bayi baru lahir berusia 0 hingga tiga bulan, kita boleh beli baju saiz tiga hingga enam bulan. Cara ini membolehkan baby memakai pakaian tersebut dalam jangka masa yang lebih lama. Boleh jimat kan.. dulu aku selalu buat camni hehe.. kalau nak beli saiz 0-3bulan tu takde masalah Cuma jgn le beli byk sgt. Sebab baby ni cepat membesar. Dulu aku dh terkena beberapa kali bila baju yg dibeli tak sempat nak pakai. Tgk2 dah senteng.. huhuu

 

4. Corak dan aksesori

Esp kalau baby girl mcm2 aksesori ada kan.. dari topi, stoking, skrf rambut, bootie n mitten.. byk yg fancy2.. kat baju plak ada mcm2 corak n material yg ditampal2.. Walau bagaimanapun, kita perlu menitik beratkan aspek keselamatan baby apabila menyarungkan sesuatu baju ke tubuhnya. Janganlah terlalu sarat dengan tampalan corak aksesori yang mungkin boleh mencederakannya sewaktu memakainya. Tambahan pula baby masih belum mampu mengawal pergerakan tangannya dengan baik. Jadi, bimbang pula sekiranya tangan atau jari-jemari halusnya itu tersangkut pada juntaian hiasan aksesori yang menghiasi rekaan pakaiannya itu.

 

Hmm.. itu sajalah tips kali ini.. huhu tetiba terasa rindu bau baby plak ni huhuu..

11 Responses so far.

  1. mama, mama...
    pipie nak adek... ^_~

  2. Koding says:

    kalau saiz pakaian besar sikit tak ada masalah..
    Sbb bayi ni pon cepat membesar...

  3. biar mahal skit..janji selesa..
    kalo boleh bb baru lahir belikan baju 1 saiz besar..boleh pakai lama skit..;)

  4. hihi dh tingin sgt ni nad..

    betul tu koding n nens.. sebab baby mmg cepat membesar kan

    caliph, keselesaan tu mmg le teramat penting

  5. thomas says:

    jarang2 tenguk panduan mcm ni.

  6. memang rambang mata dibuatnya.
    rasa kelakar masa beli baju Faqih dulu tak tau nak beli yg mana satu. mcm2 kaler ada.

  7. ummiross says:

    ooh pipie masa baby ye, cutenya!

  8. thomas, bolehlah nak praktikkan kalau nak beli baju baby.. ni sebagai panduan aje :)

    nurul faiz, sama lah dulu mama pn camtu gak hihi

    ummiross.. masa tu umur syafi sebulan.. muka dh montel dah. masa baru lahir tak brape montel

  9. eLL says:

    ni macam dalam perancangan nak bg adik pada pipie ni..hehehehe..shopping baju baby mmg sgt teruja

  10. ell, mama dh lama rancang tp apakan daya takde rezki sampai la skrg huhuuu

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Barang baik

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

About Me

My photo
Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..