Kena Kuarantin.. HFMD

Semalam cikgu Syafi call dari school, dia suruh ambil Syafi dan pihak sekolah tak benarkan Syafi pergi sekolah. Sebab apa? Sebab cousin dia yg sekolah kat situ juga kena HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) atau dikenali dengan penyakit Kaki, Mulut dan Tangan. Kalau korang ingat balik kes ni pernah terjadi kat Sarawak sampai ada kematian dan 488 sekolah dan taska kena tutup. Teruk kan.. aku faham cikgu tanak penyakit ni berjangkit kat orang lain. So, start hari ni Syafi tak ke sekolah dan dalam proses kuarantin..

So far, dia tak kena lagi sakit HFMD ni. Tapi risiko tu ada sebab dia dgn cousin dia mmg quite close. Rakan sepermainan le katakan. Risau gak aku ni sebab melalui bacaan aku, symptom jangkitan hanya diketahui selepas seminggu.. Ada sorang budak kelas syafi dengarnya dah kena gak.. opismate aku pon anak dia kena penyakit ni gak.. tgh musim ke? aku berdoa semoga Syafi tak terjangkit dari virus ni. Serba sedikit ttg penyakit HFMD seperti berikut:


Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut disebabkan oleh virus dari kumpulan enterovirus yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
Jangkitan berlaku akibat kurang kebersihan diri atau terdedah kepada virus di tempat dan persekitaran yang sesak. Penyakit ini menjangkiti seseorang melalui sentuhan terus dengan orang yang telah dijangkiti ; najis, air liur dan lelehan dari kerongkong dan mulut mereka. Kebanyakan kes tidak memudaratkan. Tetapi segelintir pesakit, penyakit ini boleh merosakkan sistem jantung dan saraf. Untuk mengelak jangkitan daripada terus menular, semua ahli keluarga dikehendaki mengamalkan amalan kebersihan diri.

TANDA DAN GEJALA PENYAKIT
·         Ruam dan lepuh di tangan, kaki dan kawasan punggung.
·         Ulser dalam mulut dan kerongkong
·         Demam
·         Muntah
·         Sakit kepala
·         Hilang selera makan

LANGKAH PENCEGAHAN
·         Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan membersihkan najis anak.
·         Tutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk.
·         Elakkan berkongsi keperluan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan/gelas, garpu dan sudu.
·         Apabila sampai ke rumah, mandi dan tukar pakaian sebelum menyentuh atau bermain dengan anak-anak.
·         Bersihkan peralatan yang telah terdedah dengan air liur kanak-kanak seperti alat permainan, permukaan meja, kerusi dan lantai.
·         Elakkan membawa kanak-kanak ke tempat awam yang sesak seperti pusat membeli-belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

Jika Anak Anda Menunjukkan Tanda-Tanda Dan Gejala Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut
·         Bawa Anak Anda Berjumpa Doktor Dengan Segera!
·         Jangan hantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak atau tadika, tabika dan taska.
·         Bersihkan lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu.


Sumber Maklumat :
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

20 Comments

Words of wisdom

  1. salam..

    harap2 anak u tak kene la kan..amin

    ReplyDelete
  2. penyakit ni kalo x silap dia berjangkit kan..haishhh :(

    ReplyDelete
  3. saya doakan semoga anak puan tak kena penyakit tu, amin.

    ReplyDelete
  4. saya rasa tengah musin..taska anak saya pun ramai kena..kebetulan en asben saya outstation, so saya dgn anak dok umah ibu saya.saya tak anta zahra ke taska.takut dia berjangkit..

    ReplyDelete
  5. ingat lagi pasal kes ni dulu..
    waktu penyakit ni menular time tu darjah 2 kot.. huhu

    ReplyDelete
  6. kebersihan sgt penting bila kat taska kan.. kat umah pun sama jua..tapi sana ramai budak harusla segala penyakit senang tersebar.

    jgn katakan budak je leh kena, mak pak cam kita pun boleh kena gak.. cam my fren.. sakit dan seksa dia kata..ape ntah lagi budak huhuhu

    ReplyDelete
  7. bg ank2 kita multivitamin n vit c utk ketahanan bdn..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..dpt ilmu...leh pakai mase nak clinical nnt..maceh akak...insya Allah hope anak akak sihat2 selalu...selalu la bg vit C kat anak2 as supplement..vit C baik tuk sistem imunisasi...

    ReplyDelete
  9. harap2 tak kena la dekat si syafi.. bahaya penyakit ni..aku sedara syiela dah kena terpaksa kuarantine kat rumah.. kesian dia tak dapat nak main2 kat luar even dengan adik sendiri

    ReplyDelete
  10. risau juga..
    moga dijauhkan.. amin

    ReplyDelete
  11. hi, nak invite semua masuk contest http://nurhezlinda.blogspot.com/2012/03/contest-saja-saja-buang-masa.html

    ReplyDelete
  12. moga syafi sembuh secepat mungkin...:)..

    ReplyDelete
  13. If at first you don't succeed, try, try again.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih sahabat atas berbagi informasi kesehatannya ini.

    Salam persahabatan dari Indoensia

    ReplyDelete
  15. Take care,nampak gaya virus dah merebak semula.

    ReplyDelete
  16. thanks for the visiting! happy to be here

    ReplyDelete
  17. Hope this will be stop the soonest possible. Poor kids...
    SMSF

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah syafi tak terjangkit dan dah mula ke sekolah.. sousin dia pon kena tak teruk sgt.. anak opismate tu kena lagi teruk n dh terjangkit adik beradik yg lain.. kesian

    ReplyDelete
Previous Post Next Post