Wednesday, December 21, 2011

Tips dan Info Berkenaan dengan Supplement

Masih ramai yang kurang mengetahui tentang jenis-jenis suplemen yang harus diambil, apakah keperluan suplemen dan apakah kesan-kesan yang bakal dihadapi jika tersalah langkah.

 

Berikut info berkenaan supplement:

1 Kenapa sesetengah vitamin berbau kurang ‘enak’?

Usah bimbang, lebih-lebih lagi jika anda melihat tarikh luputnya masih lama lagi. Biasanya bau suplemen Vitamin B kurang ‘enak’ kerana ia mengandungi komponen sulfur yang membuatnya beraroma ’tajam’ meski masih dalam keadaan yang baik.

 

2 Apa yang terkandung, selain vitamin itu sendiri?

Sebutir pil juga mengandung bahan tambahan seperti lapisan pembungkus untuk mencegah kerosakan vitamin atau agar tidak terlalu pahit, contohnya selaput salut gula. Dan zat penyerta yang mempermudah proses produksi. Bahan-bahan tersebut biasanya selamat kecuali jika anda ada alergi. Hal ini kadang-kadang membuat orang berfikir mereka alergi terhadap vitamin tertentu, padahal sesungguhnya ia adalah alergi terhadap kandungan bahan tambahan vitamin tersebut.

 

3 Apakah vitamin kunyah untuk anak-anak mengandung gula?

Sebahagian besar vitamin untuk anak-anak memang mengandungi gula atau pemanis buatan agar disukai. Tetapi jumlahnya tidak begitu banyak. Harus diingat, walaupun dapat dikunyah, tapi mengunyahnya tetap ada batasan. Jauhkan vitamin kunyah dari anak-anak untuk mencegah overdose.

 

4 Suplemen diet, apa yang harus diingat?

Satu kajian yang dilakukan di University of Pennsylvania School of Medicine, Amerika Syarikat mendapati, individu yang mengambil ubat khas untuk tangani obesiti sukar untuk menjalani gaya hidup sihat kerana mereka bergantung kepada ubat berkenaan. Jadi, ini mengurangkan motivasi mereka untuk amalkan gaya hidup sihat. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku kepada individu yang mengambil suplemen diet kerana persepsi mereka lebih positif. Mereka menganggap suplemen hanya sebagai pelengkap usaha mereka selain berdiet dan olahraga. Oleh sebab itu, ubat diet sebaiknya hanya diambil sesuai dengan anjuran doktor.

 

5 Bagaimana tentang kualiti?

Sebelum membuat pilihan, anda perlu fikir tentang adakah suplemen yang anda beli itu berkualiti dan berbaloi untuk anda? Ada prinsip yang mesti dipatuhi ketika anda berdiet iaitu "Kuantiti dan kualiti makanan yang diambil harus memenuhi keperluan kalori minimum dengan komposisi seimbang, iaitu 60 peratus karbohidrat, 15 peratus protein, dan 25 peratus lemak. Selain itu, tubuh juga harus mendapatkan vitamin dan mineral dalam jumlah cukup. Umumnya, kalori selamat yang disarankan untuk diet orang dewasa tanpa memerlukan pengawasan perubatan adalah sekitar 1200 kalori.

 

6 Anda faham tentang kiraan kalori?

Mewujudkan angka 1200 kalori dalam diet sehari-hari, bukan misi yang mustahil. Pola makan orang yang obesiti biasanya sekitar 2000-2500 kalori. Jika anda ingin mengurangkan berat badan, anda harus kurangkan 500-1000 kalori daripada makanan yang diambil setiap hari. Misalnya "Nasi 1/2 gelas mengandung sekitar 175 kalori. Sepotong lauk biasanya 100 kalori. Sayur dan buah masing-masing sekitar 50 kalori.’ Cara mudah untuk mengukur jumlah kalori ialah memilih bahan-bahan sebelum memasak.

 

7 Segera dan terjamin

Ramai yang memilih suplemen untuk diet segera. Dari segi praktis, produk sebegini memang menjadi pilihan kerana seseorang itu tidak perlu pening memikirkan kalori yang harus diambil untuk mengurangkan berat badan kerana semuanya telah dikira dan tersedia. Tapi tidak semua produk menyediakan kalori (rendah) yang seragam. Ada yang hanya menyediakan susu. Ada pula yang memiliki tambahan seperti sup atau biskut. Jadi, penting untuk anda sesuaikan makanan dengan total kalori yang disarankan (misalnya 1200 kalori) dalam sehari.

 

8 Bimbang lapar?

Jika anda memilih untuk ambil produk diet, anda tidak perlu bimbang dengan masalah ‘kelaparan’ kerana biasanya produk ini sudah dirancang untuk mengenyangkan dan memenuhi keperluan kalori. Dari segi kualiti, anda harus meneliti bahan yang terkandung agar hasil yang didapati lebih optimal. Sebaik-baiknya carilah yang sudah disuplementasi dengan vitamin, mineral, dan serat. Jangan lupa untuk tetap meminum air putih dalam jumlah cukup setiap hari. Ini untuk menghindari gangguan metabolisme yang tidak diinginkan. Bukan bererti produk diet instan tidak punya kekurangan. "Umumnya orang akan cepat bosan, kerana makan makanan atau minuman yang itu-itu saja. Ini kerana variasi makanan diet instan memang lebih sedikit dibandingkan makanan biasa.

 

Tip membeli suplemen:

1.    Pilihlah multivitamin mineral yang memiliki kandungan zat gizi esensial (vitamin A, Bl, B2, niacin (B3), B6, B12, C, D, dan E, asam folat, tembaga, kromium, zat besi, selenium, dan seng). Multivitamin mineral juga harus mengandungi sekurang-kurangnya 10 peratus magnesium.

 

2.    Anda tidak perlu minum suplemen khusus magnesium kerana mineral ini mudah didapati dari makanan. Vitamin K juga terdapat dalam multivitamin mineral dalam jumlah yang lebih sedikit kerana tubuh telah cukup menghasilkan zat tersebut.

 

3.     The National Academy of Sciences mencadangkan Tolerable Upper Intake Level (dos tertinggi yang masih selamat untuk dimakan). Multivitamin mineral harian bersama kstra suplemen lain yang anda makan, tidak boleh melebihi 35 mg niacin, 100 mg vitamin B6, 2000 mg vitamin C, 2000 IU vitamin D, 1500 IU vitamin E, 1000 mikrogram asam folat, 2500 mg kalsium, 350 mg magnesium, dan 400 mikrogram selenium.

 

4.    Jika anda sensitif terhadap sengatan lebih atau memiliki penyakit asma, sebaiknya tidak mengambil suplemen yang mengandung bee pollen atau royal jelly kerana dapat menimbulkan reaksi alergi. Selagi multivitamin mineral anda mengandung 100 peratus zat gizi esensial dan segala tambahan yang diperlukan, anda tidak perlu menambah suplemen lain.

 

6 Responses so far.

  1. thanks kongsi info ni :-) saya pun jenis yg sk amik supplement jugak ni.. so, info ni mmg bagus lah :-)

  2. ummiross says:

    info yang bagus ni mama pipie..

  3. hi there.. how's your xmas?

  4. Good info.....singgah kedai supplement saya.

    http://sihatdulusihatsekarang.blogspot.com/

  5. gud info to sharing with others..thanks mama pipe :)
    btw, saya pon mmg amalkan pengambilan supplement since dari sekolah dlu (time tu my mum la beli, budak sekolah time tu tak mampu..huhu)

    mama pipie jom ke blog sy, kita share2 info nihh ~> http://irsyahealthyhouse.blogspot.com

  6. mamapp says:

    thanks yer sudi baca.. :)

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors