Kurang Darah ketika mengandung.. boleh membawa maut

Kurang Darah ketika mengandung.. boleh membawa maut. 

Jom kawan2 kita kenali penyakit kurang darah ni.. Bahaya gak kalau kita ada problem ni esp semasa mengandung. Masa aku peknen kan syafi hg aku 10. Kira lulus lagi la tu kan.. Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin



Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

· Kurang memakan makanan yang berzat dan yang mengandungi zat besi
· Ibu yang kerap bersalin
· Jangkitan cacing
· Pendarahan dari faraj atau buasir
· Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.


Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?

Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah:

· Kelihatan pucat
· Sentiasa rasa letih lesu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja biasa di rumah
· Rasa mahu pitam bila bangun
· Sentiasa rasa pening
· Bengkak kaki dan muka
· Kebas kaki dan tangan
· Rasa mengah dan hati berdebardebar

.
Bagaimana kurang darah boleh dikesan?

Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jururawat akan mengambil sedikit darah untuk ujian. Jika keputusan ujian ini menunjukkan kepekatan darah merah anda kurang dari 9 gm peratus , anda dianggap mengalami kurang darah. Kesan bila dipandang remeh:

· Anda mungkin mengalami keguguran
· Melahirkan anak tidak cukup bulan
· Anak mati dalam perut
· Melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
· Anda mudah mendapat jangkitan penyakit
· Keluaran susu badan akan berkurangan
· Mudah mendapat penyakit lemah jantung
· Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin
· Kesemua akibat-akibat tersebut mengancam kesihatan dan kesejahteraan ibu serta kandungan dan boleh membawa MAUT


Cara Atasi:
·      
  1. Menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit
  2. Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayur-sayuran hijau, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
  3. Rehat dengan cukup
  4. Dapatkan rawatan awal dari klinik yang terdekat apabila mengalami tanda-tanda kurang darah.
  5. Makan ubat yang diberi sebagaimana yang dinasihatkan

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

6 Comments

Words of wisdom

  1. syiela sampai ambil iberet dh ni.. semua benda syiela mkn still hb dlm 10++.. doc risau sbb 10++ tu tak berapa nk selamat bagi yg mengandung twin

    ReplyDelete
  2. kakak paddy pun kurang darah jugak.. kesian diowng..

    :D

    ReplyDelete
  3. sebagai suami uncle pun patut menambah ilmu dengan mambaca bab kehamilan ni.

    ReplyDelete
  4. ni ler penyaket hanie kak ... tp xler serius sgt,cube juge usaha kasi naik HB darah tu...baru2 ni kwn hanie meninggal (tp sbb leukimia dan ade juge penyakit krg darah ni)

    ReplyDelete
  5. hoho.... takur plak dgr kes mcm nih
    kurang darah mkn kerang..
    tapi dgrnya mkn kerang blh membawa kanser..

    aku suka kerang bakar.. tapi lepas
    dgr kes penyakit tuh terus stop...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post