Monday, May 30, 2011

Kenali Nutrisi Penting Sepanjang Kehamilan

Selamat hari Isnin ye korang.. sorry lah sejak 2 menjak ni agak kurang aktif sebab tgh bz. Sultan selangor nak datang opis atau woo... huhu.. Sambil2 tu jom lah baca artikel yg aku amik dari majalah ni.. Ini adalah artikel buat kawan2 yg tgh peknen.. kalau tak peknen pon boleh baca gak.. utk tambah pengetahuan yek..

Karbohidrat
Sumber makanan ini sangat penting bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh. Namun, ia perlulah diambil dalam jumlah yang sederhana. Makanlah pelbagai jenis sumber makanan karbohidrat kompleks yang membekalkan vitamin, mineral dan serat seperti roti, mi, pasta, kekacang, sayuran berkanji (kentang) dan karbohidrat ringkas seperti buah-buahan, susu, produk tenusu dan sayur-sayuran. Ketahuilah kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan anda mengalami kelesuan dan keletihan apatah lagi ketika sarat mengandung.

Protein
Protein yang turut dikenali sebagai sumber zat pembangun dapat diperoleh daripada daging lembu, ayam, ikan, makanan laut, telur putih, susu dan kekacang. Walaupun begitu, anda digalakkan untuk mengambil protein yang kurang berlemak. Tanpa protein yang mencukupi terutamanya daripada sumber ikan, anda sukar untuk memperoleh kebaikan asid lemak yang baik untuk perkembangan otak janin.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kedua-dua jenis makanan ini sangat kaya dengan serat. Pengambilannya dalam jumlah yang seimbang dapat membantu anda mengelakkan diri daripada mengalami masalah sembelit yang biasa terjadi kepada para ibu hamil. Malah kandungan vitamin yang terdapat dalam buah dan sayur dapat membantu penyerapan zat besi. Namun, elakkan daripada memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikategorikan sebagai ‘sejuk’ dan ‘tajam’.

Air
Pengambilan sumber air tidak kiralah air kosong, susu, sup atau sebagainya perlulah dalam anggaran sembilan gelas sehari. Akan tetapi tambahkan jumlah pengambilannya jika berhadapan dengan cuaca yang panas. Air sangat penting bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi yang turut menjadi punca pandangan anda menjadi kabur untuk tempoh tertentu.

Zat besi
Sumber makanan ini amat anda perlukan bagi menghindar diri daripada anemia. Tanpa zat besi yang cukup, tubuh tidak dapat membuat sel-sel darah merah dan jaringan tubuh serta organ tidak akan mendapat oksigen yang dibutuhkan untuk berfungsi dengan baik. Jumlah keperluan harian ialah 27 hingga 30 mg besi. Jadi, makanlah lebih banyak sayuran hijau, buah-buahan kering (prun, kurma atau kismis hitam), daging, ikan salmon, telur kuning dan hati. Namun, zat besi daripada sumber haiwan lebih mudah diserap oleh tubuh jika dibandingkan dengan sumber tumbuhtumbuhan.

Kalsium
Amat diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi janin serta melindungi anda daripada osteoporosis dan gigi rapuh. Jika keperluan kalsium bayi tidak mencukupi, maka bayi akan menyerapnya daripada tulang anda! Sumber yang kaya dengan kalsium ialah sayuran hijau, kekacang, susu, produk tenusu. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 1000 - 1500 mg kalsium setiap hari. Ambillah sekurang-kurangnya empat gelas susu sehari untuk memperoleh bekalan kalsium mencukupi.

Asid folik
Banyak terdapat pada sayuran berwarna hijau gelap seperti bayam dan brokoli. Keperluan asid folik ialah 400 mcg sehari terutamanya di 12 minggu pertama kehamilan. Kekurangannya berupaya mengganggu pembentukan otak dan spina bifida.

Vitamin B kompleks
Sumber makanan ini berguna untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung agar dapat berfungsi dengan normal. Dapat ditemui dalam biji-bijian, kekacang, sayuran hijau, telur dan produk tenusu.

Vitamin D
Amat baik dalam pertumbuhan dan pembentukan tulang bayi anda. Sumbernya terdapat pada minyak hati ikan, kuning telur dan susu.

Vitamin E
Dalam usaha membentuk sel darah merah yang sihat, makanlah gandum, kekacang dan sayuran hijau. Wanita hamil perlu makan dua kali lebih banyak daripada wanita biasa. Ia tertakluk kepada kualiti dan bukannya kuantiti. Meskipun nafsu makan ketika hamil meningkat, namun pastikan anda tetap berpegang pada pola makanan seimbang. Lazimnya, pertambahan berat badan ideal selama kehamilan adalah antara 10 – 15 kg. 
 

2 Responses so far.

  1. Rozita says:

    terima kasih bagi tips ni...tp untuk org yg x lalu mkn camne ek?

  2. Khairil says:

    makanan seimbang penting untuk kesihatan kita ye...thanks for the info...

Leave a Reply

Words of wisdom

Advertisements

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 

Si Peramah

Leave footprint here

Counter

since 25/7/08

Sapa dpt hit 339999 sila print screen & email kpd addahus@yahoo.com bagi memenangi topup rm10 dari mama pipie :)

Contributors